Khabarnya S2EP28: [Part 2] Dari Pembatalan ke Penamaan: Bagaimana PN Kembali Bertanding
Episod
Dalam episod lalu, Muhammad Rafique Rashid Ali mengulas kes Shuhaily, Yusoff Rawther serta kebebasan bersuara. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam ini, mengenai pertikaian PN dengan ROS dan implikasinya terhadap hak pengundi, hubungan dengan Bersatu serta strategi kerjasama menjelang PRN Melaka dan PRU16. Beliau turut berkongsi pemerhatian daripada Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4, termasuk pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kerjasama empat negeri dalam mengembangkan potensi ekonomi mereka. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #PerikatanNasional #ROS #Bersatu #BarisanNasional #PRNMelaka #PRU16 #SG4 #TunMahathir #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia
Dalam Khabarnya kali ini, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman bersama peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mengupas kes Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, perkembangan kes Yusoff Rawther serta permohonan suakanya di United Kingdom.Perbincangan turut menyentuh pembebasan Papagomo dan kes melibatkan Chegubard, sebelum meneliti persoalan kebebasan bersuara, dakwaan penguatkuasaan terpilih dan sumbangan kecil rakyat yang membantu perjuangan di mahkamah. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RafiqueRashid #Shuhaily #AKPS #YusoffRawther #Papagomo #Chegubard #KebebasanBersuara #Keadilan #PolitikMalaysia Sumber foto thumbnail: MalaysiaGazette, Sinar Harian, Malay Mail dan New Straits Times.
Dalam episod lalu, perniagaan Tengku Ngah Putra di Kazakhstan membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Ketua Kluster Minyak dan Gas MTEM ini, mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembangkan perniagaannya, usaha membangunkan TV interaktif, serta cabaran industri tempatan dan masa depan pengusaha stesen minyak Bumiputera. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanBumiputera #IndustriMalaysia #PembuatanMalaysia #Teknologi #StesenMinyak #EkonomiMalaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Tengku Ngah Putra, usahawan dan Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan perkhidmatan perkapalan antara Pasir Gudang dengan Singapura, membawa coklat dan televisyen Malaysia ke pasaran Rusia, serta membuka operasi pemasangan TV di Kazakhstan yang membawa kepada pertemuannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #TengkuNgahPutra #TunMahathir #MTEM #UsahawanMalaysia #EksportMalaysia #Nikom #Rusia #Kazakhstan #Perkapalan #IndustriMalaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Puan Rozlina Jamaluddin, bekas pembantu peribadi Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Beliau berkongsi pengalaman hampir empat dekad berkhidmat, daripada menguruskan kediaman dan majlis di Sri Perdana hingga urusan peribadi Tun Siti Hasmah, serta mengenang sikap berjimat cermat, keprihatinan terhadap kakitangan dan saat menerima berita pemergian beliau. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #RozlinaJamaluddin #TunSitiHasmah #TunMahathir #SriPerdana #Putrajaya #BAKTI #Malaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Kali ini, beliau mengulas dakwaan Abdul Hadi Awang mengenai pertemuan PAS dengan Kedutaan AS pada 2014, hala tuju kerjasama politik PAS-UMNO, serta pengalamannya berdepan sekatan akaun dan kandungan di media sosial. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #WanMuhammadAzri #AbdulHadiAwang #PAS #UMNO #MuafakatNasional #MalaysiaAS #ART #TikTok #MediaSosial #PolitikMalaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta aktivis politik bebas, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo. Beliau mengulas siri kes mahkamah yang masih dihadapinya dan ruang kebebasan bersuara, mempertahankan politik identiti Melayu dalam perdebatan mengenai “Postnormal Times”, serta memberi pandangannya terhadap PKR, DAP. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #Papagomo #SirAzri #PolitikIdentiti #PolitikMelayu #PAS #PKR #DAP #AktaHasutan #PostnormalTimes #PolitikMalaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Kali ini, beliau mengulas PRU16 sebagai ujian kepada pembaharuan MCA, keperluan BN melakukan peralihan generasi, serta persoalan sama ada gabungan itu benar-benar bersedia jika rakyat memberi mandat semula.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PRU16 #PolitikMalaysia #PolitikAnakMuda #Johor #NegeriSembilan
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Neow Choo Seong, Ketua Penerangan Pemuda MCA dan Pengarah Komunikasi Pemuda BN. Beliau mengulas sebab memilih MCA ketika parti itu sedang merosot, peranan MCA dalam BN dan Kerajaan Perpaduan, serta usaha membina semula parti melalui kepimpinan muda dan akar umbi. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #NeowChooSeong #MCA #PemudaMCA #BarisanNasional #PemudaBN #PolitikMalaysia #KerajaanPerpaduan #Taiping #PolitikAnakMuda #BN
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas bagaimana bahasa kolonial masih membentuk tafsiran sejarah Melayu, perbezaan antara fakta dengan legenda dalam mengangkat tokoh tempatan, serta persoalan sama ada Perjanjian Pangkor 1874 benar-benar sebuah persetujuan atau sebahagian daripada proses British menguasai Perak.#Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #Perak #JWWBirch #NgahIbrahim #SejarahKolonial #Historiografi #British #Malaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta sejarawan dan Pensyarah Kanan USM, Profesor Madya Dr. Azmi Ariffin, mengupas mengapa sejarah Malaysia masih terikat dengan tafsiran kolonial, persoalan di sebalik Perjanjian Pangkor dan penjajahan British di Perak, serta keperluan menilai semula sejarah berasaskan bukti tanpa sekadar mengagungkan tokoh dan naratif tempatan. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #AzmiAriffin #SejarahMalaysia #SejarahMelayu #PerjanjianPangkor #SejarahKolonial #British #Melaka #HangTuah #Historiografi #Malaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan pimpinan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff, mengupas perbezaan antara tanah leluhur dan tanah kewarganegaraan, kontroversi kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tentang Tanah Melayu, serta persoalan lebih besar tentang identiti, sejarah dan politik Melayu dalam masyarakat majmuk. #Khabarnya #KhabarnyaPodcast #DrYusfarizalYussoff #PAS #DSMuhammadSanusi #TanahMelayu #PolitikMalaysia #PolitikMelayu #PenyatuanUmmah #IdentitiMalaysia #Malaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr. Yusfarizal Yussoff. Mereka membincangkan mengenai hala tuju penyatuan Ummah antara PAS dan UMNO, masa depan politik Melayu selepas PRN, serta polemik “Tanah Melayu” dan identiti negara dalam landskap politik semasa. #Khabarnya #Season2 #DrYusfarizalYussoff #PAS #UMNO #PenyatuanUmmah #PolitikMalaysia #PRN #Melayu #TanahMelayu #Malaysia
Dengarkan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, mengulas prestasi MUDA dalam PRN, kebimbangan terhadap normalisasi kleptokrasi dalam politik Malaysia, serta mengapa pembangkang dan parti-parti kecil perlu bersatu bagi menawarkan alternatif yang lebih diyakini rakyat. #Khabarnya #Season2 #AmiraAisya #MUDA #PRN #PRU16 #Kleptokrasi #PolitikMalaysia #Demokrasi #Pembangkang #SemakImbang #Malaysia
Dengarkan sambungan perbincangan bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Dr. Haim Hilman Abdullah, mengupas penahanannya susulan kenyataan tentang kemasukan ke universiti awam, isu saluran terbuka yang didakwa mengecilkan peluang pelajar tempatan, serta kegagalan pendidikan tinggi menyelaraskan program dengan keperluan industri dan pasaran kerja. #Khabarnya #Season2 #HaimHilman #PolitikMalaysia #PendidikanTinggi #UniversitiAwam #SaluranTerbuka #UPU #PelajarTempatan #Graduan #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Kedah, membincangkan perubahan wajah PAS melalui kemunculan golongan profesional dan teknokrat dalam parti serta pendekatan terhadap masyarakat berbilang kaum. #Khabarnya #Season2 #DrHaimHilman #PAS #PerikatanNasional #Kedah #PolitikMalaysia #Teknokrat #Pentadbiran #Perpaduan #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta Rashifah Aljunied, calon MUDA bagi Puteri Wangsa, berkongsi perjalanan daripada seorang aktivis kepada calon pilihan raya, cabaran membawa suara rakyat, serta realiti bekerja di sebalik tabir seorang wakil rakyat.#Khabarnya #Season2 #RashifahAljunied #MUDA#PuteriWangsa #PRNJohor#PolitikMalaysia #AnakMuda#KosSaraHidup #PerubahanIklim#Johor
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden MUDA dan ADUN Puteri Wangsa, membincangkan hala tuju politik Johor menjelang pilihan raya negeri, cabaran menjadi pembangkang, serta kedudukan parti-parti politik dalam landskap baharu Malaysia. #Khabarnya #Season2#AmiraAisya#MUDA#Johor#PRNJohor#PolitikMalaysia#KosSaraHidup#PusatData#AnakMuda#Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam Rafique Rashid, membincangkan perkembangan terkini melibatkan Yusoff Rawther, permohonan suaka di United Kingdom, serta implikasinya terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan di Malaysia. #Khabarnya #Season2#RafiqueRashid#YusoffRawther#PolitikMalaysia#Mahkamah#SuakaPolitik#HakAsasi#Malaysia #UnitedKingdom
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC) dan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara. Episod ini menyentuh persoalan pengiktirafan UEC, kedudukan Bahasa Melayu sebagai asas jati diri negara, serta cabaran pembinaan negara apabila wujud laluan pendidikan yang bergerak di luar sistem kebangsaan. #Khabarnya #Season2#ProfTeoKokSeong#UEC #DongZong#PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia#BahasaMelayu #SistemPendidikanKebangsaan#IdentitiNasional #PerpaduanMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil, meneruskan perbincangan tentang hala tuju politik negara menjelang pilihan raya akan datang. Episod ini menyentuh kemungkinan pilihan raya negeri, percaturan kerjasama parti, kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan, serta persoalan lebih besar tentang undi Melayu, penyatuan politik dan strategi pembangkang menuju PRU.#Khabarnya #Season2 #IshamJalil #PolitikMalaysia #PRU16 #PilihanRayaNegeri #UMNO #PH #BN #PN #DAP #UndiMelayu #PenyatuanMelayu #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil. Mereka membincangkan rundingan ekonomi negara yang mula dipersoalkan, kesan dasar kerajaan yang semakin dirasai rakyat, serta keupayaan kerajaan melindungi rakyat ketika ekonomi makin menekan. #Khabarnya #Season2 #IshamJalil #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia #KosSaraHidup #SubsidiDiesel #ART #LNG #Malaysia
Dengarkan perbincangan sambungan episod yang lepas bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Sir Azri, meneruskan perbincangan tentang isu semasa yang semakin menguji sentimen rakyat. Episod ini menyentuh isu penternakan babi di Selangor, bantahan terhadap Rain Rave Water Music Festival, serta dakwaan bahawa isu budaya dan agama sedang dijadikan alat politik menjelang pilihan raya. #Khabarnya #Season2 #SirAzri #WanMuhammadAzri #Papagomo #PolitikMalaysia #IsuBabi #RainRave #Selangor #JAWI #DAP #PKR #UMNO #PenyatuanMelayu #PRU16 #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod kali ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Sir Azri. Beliau menceritakan kisah jammer yang diletakkan di kediamannya, tindakan pihak berkuasa, serta dakwaan tentang pemantauan media sosial dan penglibatan pihak berkuasa dalam siasatan kandungan digital beliau. #Khabarnya #Season2 #SirAzri #Papagomo #PolitikMalaysia #KebebasanBersuara #AktaHasutan #Penguatkuasaan #MediaSosial #KuasaRakyat #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Albert Tei, meneruskan kisah beliau daripada pengadu kes rasuah kepada aktivis yang semakin lantang di lapangan. Episod ini membincangkan perkembangan kes mahkamahnya, perhimpunan “Tangkap Azam Baki” yang didakwa menjadi pentas politik DAP serta dakwaan corporate mafia yang dikaitkan dengan SPRM. Menurut pendedahan yang dikongsikan, perbincangan turut menyentuh isu Sofea Rini dan persoalan lebih besar tentang kepercayaan terhadap institusi serta siapa sebenarnya dilindungi dalam sistem. #Khabarnya #Season2#AlbertTei#PolitikMalaysia #AzamBaki #SPRM#CorporateMafia #SofeaRini#DAP #Sabah #Whistleblower#Aktivisme #Rasuah #KuasaRakyat
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff, Jurutera dan ahli PAS di peringkat pusat, membincangkan evolusi PAS daripada perspektif dalaman. Episod ini menyentuh peranan golongan profesional dalam parti, cabaran mengimbangi identiti Islam dengan pendekatan polisi, serta usaha PAS membuktikan keupayaan mentadbir di peringkat negeri. Perbincangan turut melihat jurang antara persepsi dan realiti, termasuk isu Akta 355, naratif ekstremisme, penerimaan bukan Muslim, serta kedudukan PAS dalam Perikatan Nasional dan hala tuju politik semasa. #Khabarnya #Season2 #DrNurulIslamMohamedYusoff #PAS #PerikatanNasional #PolitikMalaysia #Akta355 #Governance #DasarAwam #PersepsiVsRealiti
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Nazrin Ramlan, pegawai khas ahli politik, membincangkan gerakan “Payung Besar Melayu” dan usaha menyatukan orang Melayu dalam landskap politik semasa. Episod ini menyentuh persoalan utama tentang perpecahan politik Melayu, keperluan kuasa politik sebagai asas kestabilan, serta jurang yang semakin melebar dalam aspek ekonomi dan pendidikan. Perbincangan turut melihat bagaimana generasi muda Melayu hari ini berdepan dilema antara keberanian bersuara dan stigma perkauman, serta persoalan lebih besar sama ada perjuangan ini benar-benar realiti atau sekadar retorik politik.
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu yang tidak asing lagi, Peguam Rafique Rashid, mengupas beberapa isu besar yang terus hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Antara yang dibincangkan ialah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), isu ART, dakwaan corporate mafia, penangkapan tiga anak muda yang memprotes semasa ucapan Azam Baki, perkembangan kes Yusoff Rawther, serta kesan diesel dan subsidi kepada rakyat. #Khabarnya #Season2 #RafiqueRashid #PolitikMalaysia #URA #ART #CorporateMafia #AzamBaki #YusoffRawther #IRAN #SubsidiDiesel #Diesel #EkonomiMalaysia #PerpaduanMelayu #Malaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-48 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Eddin Khoo, Pengasas PUSAKA dan aktivis kebudayaan, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC), pengiktirafannya dalam sistem pendidikan negara, serta polemik yang terus mencetuskan perdebatan tentang identiti, bahasa dan integrasi nasional. #Khabarnya #EddinKhoo #UEC #DongZong #PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia #BahasaMelayu #IdentitiNasional #Integrasi
Dengarkan perbincangan episod ke-47 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dr. Armin Baniaz Pahamin dan Mahdzir Ibrahim membincangkan isu dan ideologi pemilihan Datuk Bandar, hak kesamarataan, keadilan dan pengundi melayu yang semakin berkurang. #Khabarnya #DrArminBaniaz #MahdzirIbrahim #PolitikMalaysia #DatukBandar #Ideologi #PilihanRaya
Dengarkan perbincangan episod ke-46 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan kesinambungan pendedahan skandal ATM daripada episod-episod sebelum ini. Episod ini memfokuskan tiga perkara utama: intimidasi dan undang-undang sebagai alat “perang”, persoalan sama ada perang rasuah benar-benar menyasar kartel atau hanya pihak tertentu, serta pembukaan front baharu melibatkan isu Zakat dan CUEPACS.Perbincangan ini turut membongkar tekanan dan tindakan balas yang didakwa semakin jelas, termasuk ketiadaan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, sekali gus mencetuskan persoalan besar tentang keberanian rakyat, kelemahan sistem perlindungan dan ke mana sebenarnya arah usaha membanteras rasuah ini.
Dengarkan perbincangan episod ke-45 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan perbincangan pendedahan skandal ATM, susulan beberapa tangkapan dan rampasan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini. Dalam episod ini, tumpuan beralih kepada bagaimana satu skandal mula terbongkar bukan melalui siasatan rasmi, tetapi akibat kecuaian dalaman, termasuk dakwaan gambar yang diambil oleh teman wanita berusia 26 tahun di sebuah safehouse, yang akhirnya membuka rentetan persoalan tentang kebocoran, perlindungan kartel dan bagaimana kuasa sebenar beroperasi di sebalik tabir. Perbincangan ini turut mengaitkan pendedahan tersebut dengan Ops Jebat, satu isyarat bahawa apabila kuasa disalah guna dan kartel dilindungi, rakyat akan bangkit berpegang pada prinsip lama: raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
Dengarkan perbincangan episod ke-44 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, yang meneruskan pendedahan skandal ATM di fasa Ops Hiroshima yang bakal didedahkan selasa ini. Dalam episod ini, tumpuan diberikan kepada Ops Hiroshima — satu pendedahan yang mengangkat kebimbangan serius berkaitan perolehan pertahanan, keputusan kritikal, dan implikasinya terhadap keselamatan negara. Perbincangan ini memberi konteks bagaimana rangkaian pendedahan ini bermula, mengapa ia digerakkan, dan kenapa isu ini kini menjadi perhatian ramai. Ini bukan soal menjatuhkan institusi. Ini soal akauntabiliti.
Dengarkan perbincangan episod ke-43 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun, meneruskan kisah pendedahan episod sebelumnya. Dalam episod ini, Albert mengulas harga yang perlu dibayar selepas pendedahan dibuat. Daripada tekanan berterusan, dakwaan layanan dua darjat dalam siasatan sehinggalah kesan langsung terhadap keselamatan dan kesejahteraan keluarganya. Perbincangan ini membawa perbualan ke tahap seterusnya: apabila seseorang memilih untuk melawan sistem, sejauh mana masyarakat bersedia berdiri bersama dan apakah harga yang sanggup dibayar demi kebenaran? #Khabarnya #KhabarnyaEP43 #AlbertTei #PolitikMalaysia #EksposRasuah #RasuahSabah #SPRM #Whistleblower #Penguatkuasaan #Reformasi
Dengarkan perbincangan episod ke-42 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam Malaysia, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun yang tampil mendedahkan isu rasuah dan kelemahan penguatkuasaan di Sabah.Beliau berkongsi bagaimana dirinya, yang tampil sebagai pengadu dalam isu pelombongan, akhirnya diperlakukan sebagai suspek — daripada dakwaan dipaksa memberi rasuah, penolakan laporan oleh SPRM, sehinggalah serbuan bersenjata ke atas rumahnya ketika ahli keluarga berada di dalam.Pendedahan ini membuka persoalan lebih besar tentang keberkesanan undang-undang anti-rasuah di Malaysia: adakah masalah sebenar terletak pada akta, atau pada penguatkuasaan yang memilih siapa untuk didakwa dan siapa untuk dilindungi?
Dengarkan perbincangan episode ke-41 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Arnaz M. Khairul, wartawan sukan veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman, membincangkan isu hangat dunia sukan negara. Beliau mengupas isu polisi “Tiada Sasaran Pingat”, data & trend prestasi atlet Malaysia, FAM, FIFA, kontroversi pemain naturalisasi dan banyak lagi.
Dengarkan perbincangan episod ke-40 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu P. Waytha Moorthy, bekas Menteri Perpaduan yang membincangkan aspek perundangan dan kenegaraan di sebalik perjanjian timbal balas Malaysia–Amerika. Beliau menjelaskan bagaimana proses perjanjian ini sepatutnya melalui empat peringkat perlembagaan, mengapa tandatangan eksekutif tanpa melibatkan kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan yang membolot kuasa persekutuan, serta implikasinya terhadap kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan hak negeri.#KhabarnyaEP40#WaythaMoorthy#PolitikMalaysia#PerjanjianAmerika#KedaulatanNegara#KuasaNegeri#PerlembagaanMalaysia#EkonomiMalaysia#HalalMalaysia#RegulatoryDeal#MalaysiaUSDeal#PenjajahanAlaBaharu
Dengarkan perbincangan mendalam dalam episod ke-39 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM. Episod ini membongkar dunia arkeologi maritim di tanah air dan apa yang membezakan kajian laut daripada arkeologi darat. Penemuan kapal bersejarah di Melaka baru-baru ini membuka ruang perdebatan baru, adakah ini bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka benar-benar sebuah empayar maritim terunggul? Atau adakah ia akan merombak semula naratif sejarah yang kita kenali selama ini? Sertai kami dalam perbincangan eksklusif ini, penuh fakta, analisis mendalam, dan kemungkinan baharu yang bakal mengubah pemahaman kita tentang tamadun Melayu. #Khabarnya #KhabarnyaEP39 #Melaka #SejarahMelaka #KesultananMelayuMelaka #ArkeologiMaritim #ATMA #UKM #SejarahMelayu #TamadunMelayu #PenemuanKapalMelaka #KapalMelaka #ArkeologiMalaysia #MaritimeArchaeology #HistoryDiscussion #DocumentaryMalaysia #MelakaHistory #EmpayarMelayu #SejarahNusantara #MalaysiaHeritage #MalayCivilization #Nusantara #Sejarah #PodcastMalaysia #DiskusiSejarah #KapalPurba #WarisanMelayu #SejarahKapal #Arkeologi
Sambungan EP37, kali ini Isham Jalil membongkar realiti suram yang menanti masa depan Malaysia.Perjanjian Amerika tidak membawa untung, malah menggadaikan kedaulatan dan hubungan dengan China. Dari Boeing & RTD hingga isu geopolitik Taiwan, rantaian cip, dan keselamatan tenaga, setiap langkah Malaysia diperhatikan dunia, dan tekanan ekonomi serta politik semakin nyata.Dengar. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP38 #IshamJalil #PolitikMalaysia #SerahTengkuk #MalaysiaUSDeal #KedaulatanEkonomi #GeopolitikAsia #BoeingDeal #RDA #DolarVsDinasti
Dengarkan perbincangan episod ke-37 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Isham Jalil, pengulas politik dan bekas Ketua Penerangan UMNO. Mereka membincangkan dinamika PRN Sabah dan topik terhangat. Kita mula berlutut kepada Amerika dengan menandatangani perjanjian ART (rujuk Artikel 5.1, 7.4 & 3.3)? Adakah kedaulatan negara mula tergadai kerana seorang senator? Apakah kita benar-benar ‘menjual’ kedaulatan ekonomi demi pengurangan tarif 19% Dengarkan. Fikir. Nilai. #KhabarnyaEP37 #IshamJalil #PolitikMalaysia #USPolitics #PRNSabah #PilihanRaya #Pembangkang #SabahVotes #PerjanjianAmerika #TradeDealMalaysia #MalaysiaUSDeal #EkonomiMalaysia #SovereigntyMalaysia #TariffMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-36 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Urus, kembali bersuara tentang apa yang berlaku di Sabah. Mereka membincangkan perkembangan inquest kes adik Zara, suara rakyat menjelang PRN Sabah, dan harapan agar keadilan serta pembangunan benar-benar sampai ke rakyat. #KhabarnyaEP36 #JocelynUrus #JusticeForZara #Sabah #Borneo #PRNSabah #UndiSabah #SabahElection #SuaraAnakSabah #SabahSabah #PolitikMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-35 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif serta tetamu Rizal Hashim, penganalisis sukan dan wartawan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia bola sepak tanah air. Mereka membincangkan isu pemain naturalisasi dan krisis pemalsuan dokumen FAM, peranan pihak ketiga, serta pengajaran daripada kejatuhan maruah Harimau Malaya di mata dunia. #KhabarnyaEP35 #RizalHashim #SukanMalaysia #FAM #HarimauMalaya #RobFriend #BolaSepakMalaysia
Dengarkan perbincangan episod ke-34 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Prof. Dr. Datuk Teo Kok Seong — intelektual pendidikan yang lantang memperjuangkan isu bahasa, jati diri dan dasar nasional. Mereka membincangkan integrasi dan asimilasi dalam sistem pendidikan, kekeliruan bahasa dan identiti kebangsaan serta politik kaum dalam konteks Malaysia moden. #KhabarnyaEP34 #TeoKokSeong #PolitikMalaysia #SekolahVernakular #IntegrasiVsAsimilasi #IdentitiKaum #BahasaMelayu
Dalam episod Khabarnya kali ini, bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, kami bawakan YB Hilman Idham, ADUN Gombak Setia yang tidak asing lagi dengan dunia politik tanah air. Dari kisah latar belakang hingga ke perjalanan getir — dipecat dari PKR, serta usaha keluar dari bayangan Azmin Ali. Mereka membincangkan mengenai kualiti perbahasan dalam dewan negeri, kepentingan pendidikan politik dan pandangan beliau terhadap kerajaan sekarang yang porak-peranda. #Khabarnya #HilmanIdham #GombakSetiaRumahKita #PolitikMalaysia #Armada #IsuSemasa
Dengarkan perbincangan episod ke-32 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang. Beliau berkongsi kisah sebagai perintis wanita dalam Pemuda MCA, kontroversi isu data rakyat, dan peranan MCA dalam landskap politik semasa. #KhabarnyaEP32 #WongSiewMun #PemudaMCA #PolitikMalaysia #IsuDataRakyat #IsuSemasa
Dengarkan perbincangan episod ke-31 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Mereka membincangkan peranan wakil rakyat berbanding perancangan kementerian, keadaan politik pragmatik Sabah, dan tuntutan penghormatan kepada Akta 112C.
Dengarkan episod ke-30 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Lizawati Urus, aktivis sosial dan Timbalan Presiden Parti Suara Anak Sabah. Episod ini menampilkan pengumuman eksklusif peralihan Jocelyn ke arena politik. Kami membahas bagaimana dia bermula sebagai aktivis solo sejak 2021, kronologi dan impak kes adik Zara yang tular, serta motivasi menubuhkan dan berkhidmat melalui Parti Suara Anak Sabah.
Dengarkan episod ke-29 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA dan pengamal undang-undang. Mereka membincangkan penerusan legasi Syed Saddiq di MUDA, kontroversi rang undang-undang URA dan impaknya ke atas komuniti, serta isu Letter of Demand daripada ‘Mr 47’. #KhabarnyaEP29 #AinieHaziqah #MUDA #URA #Mr47 #LetterOfDemand #isusemasa #PolitikMalaysia
Dengarkan episod ke-28 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka membincangkan mengenai Perkara 42 Lembaga Persekutuan, kos sara hidup meningkat, dan betapa pentingnya mempertahankan peruntukan perlembagan. #Khabarnya #WaythaMoorthy #Perkara42 #Perlembagaan #isusemasa #PolitikMalaysia
Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.