Hasrizal cover

Hasrizal

Hasrizal Abdul Jamil

PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

PODCAST.HASRIZAL.COM ๐Ÿ“Œ Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Kemenangan yang Lebih Besar daripada Demokrat dan Republikan

0:00 0:00

Episod

Kemenangan yang Lebih Besar daripada Demokrat dan Republikan 04 Nov 2026

Tahniah kepada Dr Abdulrahman Mohamed El-Sayed, atau lebih dikenali sebagai Dr Abdul El-Sayed, atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat bagi negeri Michigan pada 3 November 2026. Kemenangan ini cukup bersejarah. Beliau menjadi orang Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat, selepas menewaskan calon Republikan, Mike Rogers, dalam persaingan yang cukup sengit. Namun, untuk memahami impak dan signifikannya keputusan pilihan raya ini, kita perlu terlebih dahulu memahami sistem politik Amerika Syarikat. Tanpa kefahaman tersebut, mudah untuk kita melihat kemenangan ini sekadar berita seorang calon Muslim berjaya menewaskan calon parti lawan. Hakikatnya, jauh lebih besar daripada itu. Kita mungkin tinggal jauh di Malaysia, Ireland atau Palestin, tetapi keputusan politik yang dibuat di Washington memberi kesan langsung kepada kehidupan kita. Dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat boleh mempengaruhi ekonomi Malaysia. Dasar cukai, pelaburan dan hubungan transatlantik pula memberi kesan kepada Ireland. Bagi Palestin, keputusan mengenai bantuan ketenteraan, penjualan senjata, pendirian diplomatik dan hubungan Amerika Syarikat dengan Israel membawa implikasi yang jauh lebih mendesak. Justeru, pilihan raya Amerika Syarikat bukan sekadar urusan dalaman negara tersebut. Artikel penuh di Substack: https://pendidikanjalanislah.substack.com/p/kemenangan-yang-lebih-besar-daripada

Krisis Hubungan Manusia Dengan Apa itu Sebenarnya Sebuah Kebenaran 13 Sep 2026

Petikan program webinar kekeluargaan anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah, membincangkan tentang kandungan buku IQRA'. Dapatkan buku berkenaan di https://belibukuiman.hasrizal.com

Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0 05 Feb 2026

๐—ง๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐— ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—๐—ง ๐Ÿฎ Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya? Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku. Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-mata. Apabila kita meneliti pendidikan, budaya, politik, dan media dalam sejarah masyarakat tersebut, kita akan nampak โ€œramuanโ€ yang membawa kepada keadaan hari ini. Dan yang membimbangkan, ramuan yang sama turut dijamah oleh masyarakat kita, walaupun dalam bentuk dan kadar yang mungkin berbeza. ๐Ÿ”ด Baca artikel penuh di pendidikanjalanislah.substack.com #hasrizalabduljamil #iqra2026 #pendidikanjalanislah #pemikiran

Cabaran Zaman Suci Dalam Debu 09 Dec 2025

Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan tanpa ilmu. Kritikan As-Sanaโ€™ani terhadap tahun-tahun yang menipu mengingatkan kita bahawa peranan Ahlul Haq sering tidak dimainkan, sedangkan kitalah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan yang benar dan menolak yang salah. Dalam konteks hari ini, kita juga berhadapan dengan pengaruh algoritma dan media sosial yang membentuk wacana serta cara maklumat tersebar, seiring perubahan pengalaman internet daripada era Web 1.0 kepada Web 2.0. Platform yang dahulunya menjadi ruang diskusi yang sihat semakin merosot fungsinya. Sejajar dengan kegelisahan ini, saya cuba meneroka persoalan tersebut melalui buku baharu yang bakal terbit bersama IMAN pada tahun 2026 nanti. Mudah-mudahan usaha ini menjadi manfaat untuk kita saling menguatkan, menghadapi ujian zaman yang ibarat โ€˜suci dalam debuโ€™. Kita memohon doa agar proses penerbitan berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada semua. #hasrizalabduljamil #bukuiman #bukuhasrizal #bukuhasrizal2026 #pendidikanjalanislah

Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu 28 Nov 2025

Musโ€™ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ๏ทบ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan. Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa. Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ๏ทบ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ๏ทบ hendaklah menyingkir kelompok โ€˜low classโ€™ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang โ€˜marginalisedโ€™ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin. โ€œKita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemahโ€ ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan. Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi. Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ๏ทบ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ๏ทบ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita. #pendidikaninklusif #inclusiveeducation

Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa 19 Nov 2025

โ€œAduhai, seorang lagi!โ€ keluh seorang guru. Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak. Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas. Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah. Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut. โ€œBukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!โ€ kata hati guru tadi. Namun Allah ๏ทป takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah โ€˜Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ๏ทบ. SURAH โ€˜ABASA Surah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan. Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ๏ทบ. Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA. Baginda ๏ทบ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau. Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil โ€“ kerutan kening, gangguan hati โ€“ yang dalam timbang tara langit dianggap besar. https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/ #PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia

Kenapa Pendidikan Karakter? Mengapa Tidak Amalkan Pendidikan Islam? 17 Oct 2025

Kenapa guna pendidikan karakter? Mana pergi pendidikan Islam? Beginiโ€ฆ Pendidikan karakter bukan lawan pendidikan Islam. Pendidikan karakter adalah istilah bidang pendidikan. Ia bermaksud, untuk bentuk akhlak (yang Islam ambil berat), ada strategi tertentu disediakan untuk mencapainya. Jemput dengar. Pertanyaan dan maklum balas saya alu-alukan. Komen tidak berakhlak, saya padam dan ban demi kebaikan kita bersama. #pendidikankarakter #charactereducation #shapingexcellentcharacter #khalifahmethod #pendidikanislam

Hijrah Sebab Nak Kaya Walaupun Nabi ๏ทบ Larang? 26 Sep 2025

Komen 'Passive Agressive' Mengenai Hijrah ke Negara non Muslim Benarkah orang berhijrah kerana mengutamakan harta dan tidak mementingkan Akhirat? Apakah kefahaman yang betul mengenai hadis larangan Nabi ๏ทบ umat Islam tinggal bersama non Muslim? Luangkan masa empat minit anda mengikuti perbincangan ini.

Surah al-Kahf Ayat 15: Musibah Era Kepercayaan Tidak Lagi Mementingkan Bukti 19 Sep 2025

Dalam beragama, soal kepercayaan bukan hanya membabitkan APA yang kita percaya, tetapi BAGAIMANA mempercayainya. Surah al-Kahf ayat 15 mengingatkan kita bahawa sebelum mempercayai sesuatu, kita kena hadirkan bukti. Ia disebut sebagai โ€˜Sultan Bayyinโ€™. Video ini menjelaskan karakter bukti menurut istilah ini dan bagaimana percaya berasaskan bukti mencorakkan perangai kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita abaikan perkara ini, ia menjadi musibah. Era pasca kebenaran. Post truth era. Kebenaran sudah tidak penting. Bukti sudah tidak perlu. Manusia mendakwa, bercakap, menuduh sesuka hati. Dan mendatangkan hujah kebenaran tidak dapat mengubah pendirian. Kita masuk ke era fitnah Dajjal yang Nabi ๏ทบ amarankan. #ibrah #surahalkahf #alkahf #kebenaran #muhasabah

Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline 03 Sep 2025

๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—˜๐—ก ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ž: ๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐—ง๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—”๐—ง๐—”๐—จ ๐—๐—”๐—š๐—” ๐—•๐—”๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—˜? Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan? Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'. Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang. ๐—ž๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก Kajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena ๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™ช๐™š๐™™ ๐™ž๐™ฃ๐™›๐™ก๐™ช๐™š๐™ฃ๐™˜๐™š ๐™š๐™›๐™›๐™š๐™˜๐™ฉ (Lewandowsky et al., 2012). Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (๐™ž๐™ก๐™ก๐™ช๐™จ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐™ฉ๐™ง๐™ช๐™ฉ๐™ ๐™š๐™›๐™›๐™š๐™˜๐™ฉ) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998). Di media sosial, ๐™š๐™˜๐™๐™ค ๐™˜๐™๐™–๐™ข๐™—๐™š๐™ง dan ๐™›๐™ž๐™ก๐™ฉ๐™š๐™ง ๐™—๐™ช๐™—๐™—๐™ก๐™š ๐™–๐™ก๐™œ๐™ค๐™ง๐™ž๐™ฉ๐™ข๐™– menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016). Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024). ๐—•๐—”๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—˜ Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline. Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik. Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa. ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…โ€:โ€ โ€œุงู†ุตุฑ ุฃุฎุงูƒ ุธุงู„ู…ู‹ุง ุฃูˆ ู…ุธู„ูˆู…ู‹ุงโ€ ูู‚ุงู„ ุฑุฌู„โ€:โ€ ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃู†ุตุฑู‡ ุฅุฐุง ูƒุงู† ู…ุธู„ูˆู…ู‹ุง ุฃุฑุฃูŠุช ุฅู† ูƒุงู† ุธุงู„ู…ู‹ุง ูƒูŠู ุฃู†ุตุฑู‡โ€ุŸโ€ ู‚ุงู„โ€:โ€ โ€"โ€ุชุญุฌุฒู‡ -ุฃูˆ ุชู…ู†ุนู‡- ู…ู† ุงู„ุธู„ู… ูุฅู† ุฐู„ูƒ ู†ุตุฑู‡โ€ โ€(โ€โ€(โ€ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุจุฎุงุฑูŠโ€)โ€โ€) ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๏ทบ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ข, "๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ, ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช." ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข: "๐˜ž๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ช ๐˜™๐˜ข๐˜ด๐˜ถ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ! ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ช?" ๐˜‰๐˜ข๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๏ทบ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฃ๐˜ฅ๐˜ข, "๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ป๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ. ๐˜๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข." [๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ณ๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜ข๐˜ญ-๐˜‰๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช] #netizen #tazkirah #muhasabah #hasrizal

Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah 02 Sep 2025

๐—๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ: ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—˜๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—”๐˜€๐—ฎ๐˜€ ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป Nabi ๏ทบ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok. Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: โ€œWahai Ansar!โ€ Jahjah pula membalas: โ€œWahai Muhajirin!โ€ Nabi ๏ทบ terus campur tangan dan bersabda: โ€œApa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!โ€ Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: โ€œMereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.โ€ Yang dimaksudkannya โ€œhinaโ€ ialah Nabi ๏ทบ sendiri. Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ๏ทบ menolak: โ€œBiarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.โ€ Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru โ€œsolidaritiโ€, tetapi sebenarnya sedang meniup api โ€™asabiyyah. Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak. Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah: Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital? Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ๏ทบ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu. #solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil

Sekolah Wajib Tetapi Gagal 01 Sep 2025

Walaupun solat lima waktu itu wajib dan solat berjemaah amat dititikberatkan, masjid tidak pernah menjadi institusi yang diwajibkan ke atas kita. Sekolah, sebaliknya, adalah satu-satunya institusi yang diwajibkan ke atas setiap individu, namun sering kali gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang diungkapkan oleh Neil Postman di dalam Teaching as a Subversive Activity, sekolah hari ini ibarat memandu kereta mewah dengan kelajuan tinggi sambil hanya memandang ke cermin pandang belakang. Kita terpesona dengan kelengkapan teknikal, kecanggihan kemudahan, dan pencapaian akademik, tetapi kehilangan arah tuju yang sebenar; untuk apa pendidikan itu diwujudkan, dan ke mana ia seharusnya membawa generasi akan datang. Sistem pendidikan moden sering menumpukan perhatian kepada angka pencapaian, penguasaan peperiksaan, dan perlumbaan mengejar kemajuan material, tetapi kurang memberi ruang untuk membentuk daya fikir kritis, keupayaan menyelesaikan masalah, dan kesedaran sosial yang mendalam. Dengan segala teknologi, silibus padat, dan inovasi pendidikan, kita seperti mempercepat perjalanan tanpa memastikan destinasi itu memberi makna kepada kehidupan dan kesejahteraan pelajar. Postman memberi amaran bahawa kegagalan memahami hala tuju pendidikan ini adalah tanda kita sedang menunggu sebuah โ€œpelanggaran besarโ€. Kita membesarkan anak-anak dalam sistem yang indah pada rupa luaran tetapi rapuh pada fungsinya, satu pelaburan besar yang berisiko merugikan masa depan masyarakat. Sekolah tidak lagi sekadar tempat belajar fakta, tetapi menjadi cerminan ke mana arah peradaban kita, dan jika hala tuju itu kabur, maka pendidikan yang diwajibkan ke atas setiap individu tidak lebih daripada satu kewajipan tanpa visi. #neilpostman #teachingasasubversiveactivity #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #Pendidikan

Tak Tahu Kenapa Cemerlang: Strategi Belajar Berasaskan Sains Pembelajaran 26 Aug 2025

๐—ง๐—”๐—ž ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—–๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari. ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—ก Saya cuba memahami bagaimana anak kami mencapai keputusan cemerlang, saya kumpulkan beberapa teknik yang digunakan tanpa disedari oleh beliau sendiri. Antara kaedah yang beliau gunakan adalah membina bank pengetahuan menggunakan aplikasi Notion. Setiap kali selepas kelas, beliau mencatatkan apa yang telah dipelajari, topik yang diliputi, dan isu yang timbul. Teknik ini membantu beliau menguruskan pembelajaran dalam jangka masa panjang. ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ก๐—ข๐—ง๐—” ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก Selain itu, beliau menggunakan iPad dengan Apple Pencil untuk mencatat nota. Kajian menunjukkan bahawa menulis nota dengan tangan membantu memproses maklumat secara mendalam dan ada makna (meaningful) kerana nota ditulis menggunakan ayat sendiri. Ia membantu memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Ini kerana penulisan tangan memerlukan pelajar untuk menafsir dan meringkaskan maklumat dengan kata-kata sendiri. Nota yang ditaip berisiko menjadikan kita menaip terus apa yang didengar tanpa melalui proses memaknakannya dalam minda. ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก Semasa menulis nota, si anak juga mencatat soalan-soalan yang terlintas dalam fikirannya. Kemahiran ini penting kerana ia murid tidak mudah menyedari apa yang dia tidak tahu, belum tahu, hendak tahu. Soalan, adalah petanda terjadinya 'berfikir' semasa belajar. Ia antara 'permata yang hilang' dalam pembelajaran hari ini. Menulis nota dalam bentuk soalan-soalan adalah satu cara untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan reflektif. ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” Sempat juga saya berleter menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga merupakan rezeki daripada Allah ๏ทป . Oleh itu, penting untuk menjaga amalan seperti solat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sifat bertanggungjawab dan peka dengan persekitaran juga adalah nilai yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian. ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก Keseluruhan pengalaman ini memberi kami pelajaran berharga yang boleh dikongsi dengan anak-anak lain. Kejayaan dalam peperiksaan tidak hanya diukur melalui markah, tetapi juga melalui pengajaran dan kebaikan yang terbit daripadanya. Barakah bermaksud kebaikan yang melimpah dan berganda. Tanda rezeki itu ada barakah, ialah apabila satu kebaikan melahirkan kebaikan-kebaikan yang lain. Sisi bagusnya juga ialah benda-benda ini si anak teroka dan bina sendiri. Bukan ikut-ikut atau saya suruh. Namun sebagai pendidik yang pernah mengajar subjek study skills dahulu, kemahiran belajar berasaskan sains pembelajaran adalah benda yang sentiasa saya beri perhatian dan ambil berat. Ia ada asas kukuh dan boleh dilatih. Mudah-mudahan, dengan berkongsi pengalaman ini, anak-anak lain dapat mengambil manfaat dan berjaya dalam pelajaran mereka. Keputusan peperiksaan hanya untuk meneruskan perjalanan seterusnya dalam hidup. Ia tidak harus pergi berlebih-lebihan pada mendefinisi harga diri sesiapa. Wallahualam. #pendidikanjalanislah #hasrizalabduljamil #khalifahmethod #peperiksaan #pendidikan

Alangkan Terkentut Semasa Solat Jemaah Pun Ada Akhlaknya 23 Aug 2025

๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—ฃ๐—จ๐—ก ๐—”๐——๐—” ๐—”๐—ž๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ก๐—ฌ๐—”โ€œ Alamak, terkentut pulak!โ€ rungut Ali di dalam hatinya. Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya. Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama. Ali teringat hadis Nabi ๏ทบ : ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุญู’ุฏูŽุซูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ูููŠ ุตูŽู„ุงูŽุชูู‡ู ููŽู„ู’ูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู’ ุจูุฃูŽู†ู’ููู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ู„ู’ูŠูŽู†ู’ุตูŽุฑููู’โ€œ ๐˜ˆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ต๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ.โ€ (๐˜š๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ฃ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ธ๐˜ถ๐˜ฅ : 1114) Baru beliau perasan di mana silapnya.Beliau perlu proaktif mengelak daripada jemaah lain terganggu. Pada masa yang sama, air muka terjaga sama. Tidaklah malu dan mengundang gossip liar jemaah: โ€œIshh, kentut pulak mamat tu. Makan petai ke apa?โ€ Kalau di Ireland dahulu, baked bean! Ali mengambil semula wuduk, dan segera menyertai jemaah menyempurnakan solat beliau. Usai bersolat, Ali terkenang kitab kecil tulisan Abbas al-Sisi rahimahullah, yang beliau pernah baca. Abbas al-Sisi memetik hadis ini untuk membincangkan tentang kepentingan akhlak sebagai agenda besar usaha dakwah dan perjuangan Islam. Sebagai pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun ketika itu, beliau mengingatkan para pejuang Islam, betapa tingginya tatatertib hidup kaum Muslimin yang Nabi Muhammad ๏ทบ ajar. Hingga soal terkentut semasa solat Jemaah pun ada tatasusilanya. Memegang hidung, seolah-olah hidung berdarah. Hidung berdarah atau disebut sebagai ุฑูุนุงู (ruสปฤf), adalah perkara yang turut membatalkan wuduk. โ€˜Berpura-puraโ€™ hidung berdarah dengan memegang hidung itu tidak dianggap menipu. Sekadar strategi yang cukup untuk menjaga aib muka sendiri, dan mengekalkan keharmonian komuniti. Terpulang apa yang hendak jemaah sangkakan andai terlihat seseorang memegang hidung semasa keluar meninggalkan saf. Apa yang penting, sesama Muslim dan Mukmin itu, benang-benang yang menjahit mereka menjadi tenunan ummah yang indah, adalah pada akhlak. Tiada yang terlalu kecil untuk baginda ๏ทบ santuni. Mudah-mudahan apabila kita ingat semula hadis ini, kita kembali menghargai agama Nabi Muhammad ๏ทบ yang begitu indah. Jauh daripada jerit pekik, malu memalukan, ghairah melihat orang buat salah, hingga didikan yang baginda ๏ทบ tinggalkan tercemar dan jarah. Hasrizal Naas, Ireland

Ibrah 'Republic of Virtue': Tatkala Politik Bersilang Wakil Moral 22 Aug 2025

๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—› ๐—˜๐—ฅ๐—” '๐—ฅ๐—˜๐—ฃ๐—จ๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—– ๐—ข๐—™ ๐—ฉ๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—˜': ๐—ง๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ '๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ' ๐— ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—Ÿ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก Politik berkaitan dengan usaha memperbaiki urus tadbir masyarakat dan mengharuskan fokus pada kompetensi dalam pengurusan. Penggabungan politik dengan moral dan kebenaran boleh membawa risiko apabila ia mengaitkan pihak yang menentang dengan menentang kebaikan dan kebenaran. Sejarah menunjukkan contoh, seperti di Perancis, di mana perjuangan untuk moral dan kebaikan berubah menjadi pemerintahan autoritarian. Fokus utama dalam politik haruslah pada integriti dan kompetensi, bukan semata-mata pada penggabungan agama dengan politik. Salah faham mengenai pemisahan agama dan politik boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan. ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ฟ๐—ฎ๐—น Pembabitan dalam politik adalah usaha untuk memperbaiki urus tadbir demi kebaikan masyarakat. Namun, apabila politik digabungkan dengan moral dan kebenaran, ia membawa risiko besar. Keadaan semasa di Amerika Syarikat dengan parti Republican dan MAGA di bawah Trump menunjukkan bagaimana nilai dan moral yang dipromosikan boleh dilihat sebagai mewakili kebenaran mutlak. Ini menimbulkan bahaya apabila sesiapa yang menentang dilabel sebagai menentang kebaikan dan kebenaran. ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ผ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต: ๐—ฅ๐—ฒ๐˜ƒ๐—ผ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐˜€ Sejarah menawarkan pengajaran melalui contoh Revolusi Perancis di bawah Robespierre. Perjuangan untuk moral dan keadilan sosial bertukar menjadi pemerintahan autoritarian berdarah. Lebih 40,000 orang dibunuh dalam tempoh singkat (1793-1794) untuk mempertahankan โ€˜kebaikanโ€™ yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Robespierre berpendapat bahawa โ€˜terrorโ€™ diperlukan untuk mengekalkan virtue, menunjukkan bahaya apabila politik disamakan dengan kebenaran mutlak. Katanya: โ€œ๐˜๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ, ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ด ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ด ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฉ ๐˜ท๐˜ช๐˜ณ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ณ.โ€ ๐—™๐—ผ๐—ธ๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ฑ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ Kisah ini menekankan pentingnya kompetensi dalam urus tadbir politik. Politik yang berasaskan kepercayaan dan moral peribadi tidak harus mengorbankan kebolehan untuk mengurus dengan baik. Sebaliknya, akhlak dan keimanan harus menjadi urusan peribadi yang membantu membentuk integriti, tetapi bukan sebagai asas untuk mendakwa pihak lain menentang kebaikan, jika mengkritik kompetensi urus tadbirnya. ๐—ฅ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—–๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ Campuran agama dan politik boleh membawa kepada salah faham dan ekstremisme. Menyatakan bahawa menolak satu idea politik bermakna menolak agama atau kebenaran boleh membawa kepada ekstremisme yang berbahaya. Kesedaran terhadap sejarah dan pemisahan antara urusan politik dan agama adalah penting untuk mengelakkan keganasan dan pemerintahan autoritarian. Memisahkan secara total agama dengan politik lazim ditakrifkan sebagai sekularisme. Sedangkan pada masa yang sama, gagal melihat garis daerah antara agama dan urus tadbir, ia sama seperti menganggap muamalat = akidah. Ia mengundang musibah. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #ibrah

Semalam Jahil, Lusa Jahil Semula 19 Aug 2025

๐Ÿ“– Imam Birgivi(ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠ) membahagikan al-Jahl (kejahilan) kepada dua: 1๏ธโƒฃ al-Jahl al-Basฤซแนญ (sederhana) โ€“ tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu. Ubatnya: belajar. Ada juga jahil yang terjadi kerana percanggahan hujah. Ia mencetuskan bingung, ragu, berbelah bagi, atau terhenti berpendirian. Ubatnya: aplikasi proses berfikir dengan logik & qawa'id akal. Jahil yang kompleks memerlukan upaya berfikir yang baik. Tanpanya, ia sukar diselesaikan. Jahil dalam perkara yang kita tidak ada keperluan tahu, tidak mengapa. Jahil yang salah dan keji ialah apabila kita tiada ilmu di dalam perkara yang kita kena ada ilmu mengenainya. Maknanya, sebelum buat satu-satu perkara atau hendak bercakap mengenainya, periksa dahulu kita ada ilmu mengenainya atau tidak. Mengadakan ilmu berkenaan adalah keutamaan dan keselamatan. Melangkauinya dan main belasah aje, terjebak dalam kehinaan dan kesesatan, lebih daripada sesatnya haiwan ternak. 2๏ธโƒฃ al-Jahl al-Murakkab (kompleks) Jahil bencana ialah jahil berlapis-lapis, tidak peduli kepadanya, bahkan tidak rasa ia salah dan bermasalah. Jahil kategori ini, ada ancaman dunia dan ada azab Akhirat yang menanti. #birgivi #imambirgivi #ุงู„ุจุฑูƒูˆูŠ #hasrizalabduljamil #ustazhasrizal

Buli Siber: Dakwah 'Tikus Baik Labu' 15 Aug 2025

๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ: ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› '๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—œ๐—ž ๐—Ÿ๐—”๐—•๐—จ'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/] Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ๏ทบ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฉ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข); ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ซ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ถ ๐˜ซ๐˜ถ๐˜จ๐˜ข, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข (๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ); ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ต๐˜ถ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ-๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ.โ€ [๐˜™๐˜ช๐˜ธ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ถ๐˜ด๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ]๐˜™๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ: ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด 34, 40 ๐˜๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ด ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜•๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ธ๐˜ชHadisnya menyebut perkataan ููŽู„ู’ูŠูุบูŽูŠูู‘ุฑู’ู‡ู (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar ูŠูู†ู’ูƒูุฑูู‡ู (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, โ€œAku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.โ€ Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ๏ทป dan Rasulullah ๏ทบ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil

Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus? 14 Aug 2025

Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus? #hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #khalifahmethod #pendidikanfatamorgana

Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah 14 Aug 2025

Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku. Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah. Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak: Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak. Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya. Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah. Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah. Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya. #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #khalifahmethod

Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik 12 Aug 2025

TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIK Asas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu. Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Saโ€˜id Ramadan al-Bลซแนญฤซ memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mฤdzฤ Khasira al-โ€˜ฤ€lam bi Inhithฤt al-Muslimฤซn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini. Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Reaksi 'Terpaling Lantang' Yang Nabi ๏ทบ Tak Suka 09 Aug 2025

๐‘๐„๐€๐Š๐’๐ˆ "๐“๐„๐‘๐๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‹๐€๐๐“๐€๐๐†" ๐˜๐€๐๐† ๐๐€๐๐ˆ ๐’”.๐’‚.๐’˜ ๐“๐€๐Š ๐’๐”๐Š๐€ Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya. Dalam hadis ini, Ummul Mukminin สฟฤ€โ€™ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yahudi datang menemui Nabi ๏ทบ lalu berkata: โ€œal-sฤmu สฟalaykumโ€, seolah-olah memberi salam Islam kepada Baginda ๏ทบ dan para sahabat, sedangkan hakikatnya mereka sedang mendoakan keburukan. โ€œAl-sฤmโ€ bermaksud kematian dan kebinasaan. Namun Nabi ๏ทบ menyedari maksud sebenar ucapan mereka, lalu Baginda menjawab: โ€œwa สฟalaykumโ€ (dan ke atas kamu juga). Maksud jawapan Baginda ialah: ke atas kamu seperti apa yang kamu ucapkan sebagai doa. ฤ€โ€™ishah RA juga memahami maksud ucapan mereka, lalu berkata: โ€œAl-sฤmu สฟalaykum, semoga Allah melaknat kamu dan murka kepada kamu.โ€ Beliau membalas dengan lafaz dan kata-kata yang sama, bahkan menambah doa keburukan kepada mereka. Maka Rasulullah ๏ทบ menegurnya: โ€œBertenanglah, wahai สฟฤ€โ€™ishah. Hendaklah engkau berpegang dengan kelembutan,โ€ iaitu bersabar, berhemah dan berhati-hati dalam tindakan. Baginda melarang beliau daripada bersikap kasar atau melampau dalam kata-kata. โ€œKekasaranโ€ di sini bermaksud ketegasan yang berlebihan ketika berinteraksi, manakala โ€œmelampauโ€ bermaksud keterlaluan dalam ucapan dan jawapan, bukan semata-mata kata-kata yang buruk. Dalam riwayat al-Sahihain disebut: โ€œSesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam setiap perkara,โ€ iaitu Allah mengasihi hamba-Nya yang berwatak lunak, mudah berurusan dan tidak bersikap keras atau kasar. Dengan kelembutan, tujuan dapat dicapai dan maksud menjadi mudah, sesuatu yang tidak dapat diperoleh dengan kekerasan. ฤ€โ€™ishah RA berkata kepada Nabi ๏ทบ: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?!โ€ Beliau ingin menarik perhatian Baginda kepada ucapan mereka. Maka Nabi ๏ทบ menjawab: โ€œTidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan?โ€ merujuk kepada ucapan Baginda sebelum itu: โ€œwa สฟalaykumโ€ โ€“ โ€œAku telah membalas ucapan mereka.โ€ Perbezaan antara jawapan Nabi ๏ทบ dan jawapan สฟฤ€โ€™ishah RA ialah Baginda membalas setimpal dengan perbuatan mereka tanpa menambah kekasaran, sedangkan สฟฤ€โ€™ishah RA menambah doa keburukan dan memilih kelantangan dalam membalas. Baginda menjelaskan: โ€œDoaku terhadap mereka akan diperkenankan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan diperkenankan.โ€ Apabila kita berlebih-lebihan bertindak balas terhadap perkara yang dilihat mengancam atau mencemar agama, kita bersikap seolah-olah Islam ini tidak ada Tuhan. Bergantung kepada keupayaan kita memaksimumkan tindak balas, sedangkan ia sudah jatuh ke daerah buruk yang agama tidak suka. Jika kita tidak halusi perincian Sirah, dan jika kita tidak kenal siapa 'lelaki itu', silap-silap, Nabi Muhammad ๏ทบ itu sendiri menjadi sasaran kecaman dan label-label jelik kita kerana menganggapnya tidak mencapai 'standard' kita. Walhal 'standard kita' itu adalah manifestasi kejahilan serta perangkap ego yang membinasa. #Saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #tazkirah #muhasabah

Bahaya Gaduh dan Debat Berlebih -lebihan Dalam Agama 05 Aug 2025

๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ: โ–ช๏ธMenulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting. โ–ช๏ธMenonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu. โ–ช๏ธPertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemahkan hati, seperti yang diingatkan oleh Jaโ€™far ibn Muhammad dan Nabi ๏ทบ. โ–ช๏ธBerdebat tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak, menurut al-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab. โ–ช๏ธIlmu yang benar perlu digabungkan dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah dan hati yang tenang. ๐Ÿ” ๐—ฅ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป โ–ช๏ธ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—น๐—ถ๐˜€, ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ, ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป Kesilapan adalah perkara biasa dalam proses menulis dan bercakap, tetapi ia tidak seharusnya menjadi halangan. Apabila kesilapan berlaku, langkah terbaik adalah membetulkannya dan mengakui kesilapan tersebut untuk memperbaiki diri. โ–ช๏ธ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—ป๐—ท๐—ผ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ถ๐—ป Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah tindakan yang tidak bermanfaat dan berbahaya. Ia sering dilakukan bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi kerana dorongan peribadi yang salah, menyebabkan niat kita tersasar dari tujuan asal iaitu kerana Allah. โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ Dalam isu agama, pertengkaran sering mengatasi akal dan lebih melibatkan emosi. Jaโ€™far ibn Muhammad menasihatkan agar menjauhi pertengkaran dalam agama kerana ia melemahkan hati dan menimbulkan kemunafikan. Nabi ๏ทบ juga menegaskan bahawa pertengkaran membawa kepada kesesatan selepas menerima petunjuk. โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป Al-Imam Syafiโ€™i dan Ibnu Rejab menyatakan bahawa berbalah dalam isu ilmu hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak. Para salafusaleh lebih memilih diam dalam perdebatan kerana ilmu dan rasa takut mereka kepada Allah, berbanding generasi selepas mereka yang cenderung banyak bercakap kerana kekurangan sifat warak. โ–ช๏ธ๐—š๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐—ธ Akhirnya, adalah penting untuk menggabungkan ilmu yang benar dengan akhlak yang baik. Penyebaran ilmu tidak seharusnya dilakukan melalui pertengkaran yang merosakkan adab dan akhlak. Kombinasi ini penting untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan dan memiliki hati yang sejahtera. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Palestin dan Ireland: Rakyat Sokong, Kerajaan Bohong 23 Jul 2025

๐Ÿ‰ ๐——๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐——: ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ Sokongan rakyat Ireland terhadap ๐Ÿ‰ dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Fรฉin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat. ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ Walaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di ๐Ÿ‰, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan. ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป Satu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป Sentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan ๐Ÿ‰ amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di ๐Ÿ‰ amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai. Jangan mengalah! #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Akibat Bermuka-muka dalam Beragama: Iktibar dari Ireland 22 Jul 2025

๐—”๐—ž๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ž๐—”-๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” : ๐—ฅ๐—˜๐—™๐—Ÿ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—œ๐—ฅ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐—ž๐—˜ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” Sebagai seorang Muslim Melayu yang menetap di Republic of Ireland, banyak pelajaran dapat diambil daripada situasi sosio-agama di negara ini. Ireland, yang dahulunya dikenali sebagai negara Katolik yang kuat, kini menyaksikan peralihan di mana ramai rakyatnya meninggalkan tradisi keagamaan. Ini terutamanya disebabkan oleh salah laku yang dilakukan oleh orang-orang agama dalam institusi yang diamanahkan kepada mereka seperti gereja, sekolah, dan hospital. Salah laku ini, termasuk penderaan seksual dan penjualan anak-anak yang dilahirkan di luar nikah, telah menghakis kepercayaan terhadap orang agama dan institusi agama. Semasa orang ramai mengadu dan mendesak penyelesaian, suara mereka ditekan. Pendekatan yang lebih diutamakan adalah menggunakan undang-undang serta penguatkuasaan untuk damage control, mengawal naratif, malah mendiamkan suara yang menyoal. Refleksi ini membawa kita kepada situasi di Malaysia. Hari ini, orang kita semakin agresif dalam beragama, kurang upaya toleransi dan merosot harmoni antara kaum dan agama. Ayat-ayat golongan anti Muslim dan anti pendatang di sini pakai untuk mengacau bilaukan masyarakat, menjadi ayat sama yang orang kita pakai terhadap orang yang tidak sebangsa, seagama dan seasal usul kita. Sedangkan Malaysia bertuah menjadi sebuah negara majmuk. Kemajmukan itu adalah karakter masyarakat Muslim di zaman Nabi Muhammad ๏ทบ. Dalam satu keluarga, ada adik beradik lain agama, jiran tetangga berbeza agama, malah bangsa asing turut menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat. Ia memberi peluang kita menghayati model sebenar yang ditampilkan oleh sirah baginda, berbanding masyarakat yang solid 'kita-kita aje'. ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป Jangan kita terbiasa menyorokkan masalah dalaman, sebaliknya selesaikan ia dengan jujur. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan cantikkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan sesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang ikhlas". (al-Hijr 15: 39-40) Satu-satunya jenis manusia yang terselamat daripada racun Iblis adalah manusia yang ikhlas dalam beragama. Keikhlasan dalam beragama jauh daripada sibuk menjaga imej luaran, tetapi lebih kepada memastikan amalan dan tindakan luar dalam kita selari dengan ajaran agama yang sebenar. Ikhlas dalam beragama menjadikan kita mengutamakan substance berbanding form. Kita lebih bersungguh menyelesaikan masalah sebenar, berbanding menyembunyikan demi menjaga maruah dan air muka. Ikhlas juga menjadikan kita bertindak seperti yang sepatutnya, bukan menunggu satu-satu perkara viral baru tergerak. Seolah-olah persepsi manusia lebih dibimbangkan berbanding reda dan murka Allah. Jangan kita jadi manusia yang kalau buat benda salah kita tidak kisah, tapi kalau benda salah yang kita buat itu orang cakap, kita marah. Ia merosakkan diri dan masyarakat seluruhnya. Jangan ulang kesilapan yang ibrahnya sudah terbentang di depan mata semua. Sebelum terlambat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland

Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita 21 Jul 2025

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—” ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐——๐—œ ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—š๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐ŸŽฅ Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup. ๐Ÿšจ Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia profesional dan korporat: ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Doktor senior vs junior โœˆ๏ธ Budaya โ€˜tarukโ€™ dalam kru penerbangan ๐ŸŒ Dan kita sendiri , para netizen, membina komuniti yang berbahasa dengan bahasa buli, berinteraksi dalam dinamika buli yang sama. ๐Ÿ•Œ Sedangkan kita berasal daripada bangsa yang berbudi bahasa, dan agama kita, Islam, adalah agama yang mengharamkan walau sekadar menampar muka seseorang. โ—Maknanya, budaya dan agama kita masih belum berjaya mengikis jahiliah daripada diri. ๐Ÿ˜” Tragedi buli tidak akan diambil serius, kerana kita menormalisasikannya melalui kata-kata seperti: ๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œAku ok jeโ€ ๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œAnak aku ok je!โ€ ๐Ÿ—ฃ๏ธ โ€œKena sikit pun nak bising ke?โ€ ๐Ÿ“– Tapi lihat bagaimana Rasulullah ๏ทบ menangani situasi Abu Zarr r.a. Apabila Abu Zarr memanggil Bilal r.a. sebagai โ€œanak perempuan hitamโ€, Nabi ๏ทบ tidak membiarkannya. Baginda berkata: โ€œWahai Abu Zarr, pada diri kamu itu ada jahiliah!โ€ ๐Ÿ” Jika kita benar-benar insaf, kita mesti mulakan dengan muhasabah diri: โ“Adakah dalam diri aku ada jiwa pembuli? โ“Adakah aku menggunakan bahasa pembuli? โ“Adakah tindak tanduk aku mengulang budaya buli yang diwarisi? ๐Ÿ’ก Hanya individu yang menolak buli secara menyeluruh; dengan jiwa, kepercayaan, pemikiran, malah KEIMANAN, akan benar-benar berusaha menghapuskan buli daripada sistem dan kehidupan yang kita kongsi di dunia yang sementara ini. ๐Ÿคฒ Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memerangi kejahilan dalam diri, dan menjadikan kita hamba-Nya yang membina, bukan membinasa. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #buli #jenayahbuli

Nasib Orang Suruhan Diktator: Teladan Surah al-Buruj 17 Jul 2025

๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—• ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ž๐—ง๐—”๐—ง๐—ข๐—ฅ: ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—”๐—Ÿ-๐—•๐—จ๐—ฅ๐—จ๐— Kritikan Trump Terhadap Penyokongnya Semalam, Presiden Donald Trump telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan memanggil Republican dan MAGA penyokong-penyokongnya โ€œstupid.โ€ Ia menjadi topik hangat kerana menonjolkan satu aspek penting dalam hubungan antara pemimpin dan pengikut. Ini membuka peluang untuk mengkaji pelajaran berharga dalam sejarah dan teks agama mengenai bagaimana pemimpin yang zalim berinteraksi dengan pengikut mereka. ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—น-๐—ค๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ป๐—ฎ๐—ต Kisah dalam Surah Al-Buruj dan hadis Sahih Muslim memberi contoh klasik mengenai pemimpin zalim yang memanipulasi pengikutnya untuk kepentingan diri sendiri. Raja zalim dalam kisah ini memerintahkan pengikutnya untuk menyingkirkan al-ghulam, seorang anak muda yang beriman, malah prodigi raja berkenaan, tatkala beliau enggan patuh. Apabila usaha mereka gagal, raja dengan segera mengabaikan orang suruhannya yang tidak berguna itu,menunjukkan sikap lepas tangan dan manipulatif pemimpin zalim. ู…ุง ูุนู„ ุฃุตุญุงุจูƒุŸ "Apa yang berlaku kepada orang-orang kamu?" Eh, walhal yang dimaksudkan itu adalah orang suruhan beliau. Tetapi beliau menisbahkan pasukan gagal itu kepada si ghulam, disowned mereka daripada dirinya. Sikap pengikut yang terus menyokong pemimpin zalim walaupun kesalahan pemimpin itu jelas, boleh membawa kepada kerugian besar. Pengikut yang menjadi โ€œkaki bodekโ€ dan menyokong pemimpin walau dalam keadaan salah akhirnya mungkin akan ditinggalkan apabila mereka tidak lagi bermanfaat. Pelajaran dari kisah ini adalah pentingnya tidak terjebak dalam ketaatan membuta tuli dan mempertahankan integriti serta prinsip moral dalam menghadapi pemimpin yang tidak adil. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป Contoh Trump ini mengingatkan kita bahawa pemimpin yang hanya setia kepada diri sendiri tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pengikutnya apabila mereka tidak lagi berguna. Dalam konteks ini, adalah penting bagi pengikut untuk berfikir secara kritis dan tidak menjadi alat bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Pengajaran ini memberi peringatan bahawa kebijaksanaan dan keberanian adalah penting dalam mempertahankan prinsip yang benar dan menolak kezaliman. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #surahalburuj #alburuj #ibrah

Fasa Bosan - Bahaya Untuk Pelajar ADHD 14 Jul 2025

๐—™๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—•๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ป - ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐——๐—›๐—— ๐ŸŽฏ ๐—ž๐—ฒ๐˜† ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐˜€ ๐—–๐—ผ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ผ๐—ถ๐—ป๐˜๐˜€: โ–ช๏ธMenghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan adalah bahagian yang lebih menyeronokkan dalam pengajian sarjana saya sebagai individu ADHD. โ–ช๏ธBahagian paling mencabar bagi saya adalah penulisan disertasi, khususnya dalam analisis data kualitatif. โ–ช๏ธSaya menggunakan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis), yang menekankan interpretasi temubual. โ–ช๏ธProses analisis saya melibatkan temubual dengan sampel kecil dan memerlukan pendengaran transkrip secara perlahan. โ–ช๏ธSaya tidak mengutamakan coding data, tetapi saya memerlukan pemahaman mendalam dan nota terperinci. โ–ช๏ธSaya memerlukan disiplin untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat, di tengah cabaran kehilangan fokus. ๐Ÿ” ๐—ฆ๐˜‚๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜† ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ ๐—”๐——๐—›๐—— Sebagai individu ADHD, saya sering mengalami keseronokan dalam menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan kerana adanya kaedah terkini yang lebih berkesan. Namun, cabaran sebenar timbul bagi saya ketika tiba di fasa penulisan disertasi, khususnya bahagian analisis data. Ini adalah aspek yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi, yang boleh menjadi sukar bagi saya. ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฒ๐˜€ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—œ๐—ฃ๐—” Penggunaan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis) dalam kajian kualitatif adalah fokus utama saya. Reka bentuk ini menekankan interpretasi mendalam temubual dengan sampel kecil, di mana saya hanya menemubual tiga individu. Ini memerlukan saya mendengar transkrip dengan teliti dan membuat nota terperinci. Keunikan IPA berbanding reka bentuk lain ialah ia memerlukan penafsiran berterusan terhadap apa yang dikatakan oleh peserta temubual, serta refleksi terhadap pemikiran saya semasa mendengar. ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป Kebosanan adalah musuh utama saya sebagai individu ADHD, terutama ketika berhadapan dengan proses yang panjang dan berulang seperti mendengar semula transkrip dan mencatat nota. Ini memerlukan strategi disiplin dan fokus yang tinggi untuk saya mengatasi kebosanan. Saya tidak mengutamakan penggunaan aplikasi teknologi untuk coding data, sebaliknya saya menekankan kepada proses interpretasi dan penghasilan laporan ideografik yang berasingan bagi setiap peserta sebelum penggabungan. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น Masa adalah faktor kritikal bagi saya dengan hanya sebulan setengah tinggal untuk menyelesaikan penulisan disertasi. Disiplin diri dan sokongan dari rakan-rakan adalah penting dalam memastikan kejayaan saya dalam menghadapi cabaran ini. Doa dan harapan dari rakan-rakan menjadi sumber motivasi tambahan untuk saya menempuh tempoh yang mencabar ini. #mytcdjourney๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช #qualitativeanalysis #ipa #adhddewasa #adhdmalaysia #adhdresearch

Rosak di Bawah Sebelum Terzahir Rosak di Atas 11 Jul 2025

๐ŸŽฏ ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ช๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž ๐——๐—œ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ โ–ช๏ธBagaimana individu seperti Trump boleh dipilih dan apa yang terlebih awal berlaku di kalangan pengundinya? โ–ช๏ธPenting untuk memahami perubahan terjadi di dalam masyarakat yang membawa kepada keputusan politik sedemikian rupa. โ–ช๏ธPelajarannya, adalah untuk kita memahami pula kejadian-kejadian sekeliling kita. โ–ช๏ธFenomena program-program tidak masuk akal seperti eHati baru-baru ini, bukan sekadar siapa kepalanya, tetapi mengapa ada khalayaknya. โ–ช๏ธKita perlu memeriksa budaya dan sistem nilai yang menyokong program tidak masuk akal sejelas itu. โ–ช๏ธPendidikan, menekankan islah dari bawah ke atas berbanding perubahan politik semata-mata. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #eHati

Bencana Zaman Tahu Sikit-sikit 09 Jul 2025

๐—•๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ญ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ ๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง-๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—œ๐—ง Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan โ€” fragmented knowledge. Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect. Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ๏ทป tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) โ€” ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65โ€“66). Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak. Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell โ€” yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley โ€” kerana melihat itu menyakitkan. Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Proses Membuat Pendirian Tatkala Iran Diserang 22 Jun 2025

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐—ฆ ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ง๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š Iran dan rakyat tidak terkesan dengan pendirian kita. Lainlah jika kita seorang Perdana Menteri atau Presiden. Tetapi proses kita membuat pendirian ini, adalah proses yang sama kita gunakan tatkala ada orang sekeliling kita yang dianiaya. Bagaimanakah kita tentukan sikap dan tindakan sama ada mahu menolong atau tidak andaikata orang itu berbeza agama, berbeza mazhab, atau berbeza aliran dengan kita. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif

Preskripsi Nabawi Semasa Ummah Dilanda Fitnah 20 Jun 2025

๐ŸŽฏ ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—›๐—จ๐—ง๐—•๐—”๐—›๐Ÿ“ Newbridge Town Hall, Ireland๐Ÿ“… 20 Jun 2025Tema: Ummah sedang sakit โ€” Kembali kepada Nabi Muhammad ๏ทบ sebagai โ€œdoktorโ€ yang memberi preskripsi.๐Ÿฉบ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ:Nabi ๏ทบ diibaratkan sebagai doktor yang memberikan preskripsi ketika umat berada dalam krisis โ€” seperti fitnah akhir zaman. Dua hadis sahih dari Sunan Abi Dawud dijadikan rujukan.๐Ÿ“œ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—”:Apabila perjanjian diabaikan dan amanah dipermain, Nabi ๏ทบ menyarankan:โ—พ Duduk di rumahโ—พ Kawal lidahโ—พ Pegang yang makruf, tinggalkan yang mungkarโ—พ Fokus pada hal diri, bukan urusan orangโ€œุงู„ุฒู… ุจูŠุชูƒุŒ ูˆุงู…ู„ูƒ ุนู„ูŠูƒ ู„ุณุงู†ูƒโ€ฆโ€๐Ÿ“œ ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—”:Baginda ๏ทบ memberi amaran tentang zaman di mana masyarakat menjadi seperti โ€œsisa ayakanโ€:โ—พ Tiada lagi amanahโ—พ Banyak perselisihanโ—พ Pegang apa yang dikenali, tinggalkan yang mungkarโ—พ Fokus pada urusan peribadi, tinggalkan urusan umumโ€œูŠููˆุดููƒู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุฃู’ุชููŠูŽ ุฒูŽู…ูŽุงู†ูŒ ูŠูุบูŽุฑู’ุจูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณโ€ฆโ€๐Ÿง  ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—Ÿ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ | ๐—™๐—ข๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—œJangan cepat mengulas, jangan jadi punca kekeliruan.โ—พ Kurangkan komen yang sia-siaโ—พ Utamakan introspeksiโ—พ Diam itu juga ibadahโ—พ Elakkan gosip dan kecaman media sosial๐Ÿงญ ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก:โ–ช๏ธKedua-dua hadis adalah preskripsi Rasulullah ๏ทบ dalam menghadapi zaman penuh fitnah.โ–ช๏ธBerpada-pada dalam berkata.โ–ช๏ธBerhati-hati dalam bertindak.โ–ช๏ธBerfokus kepada pembinaan diri.๐Ÿ“– Sunan Abi Dawud, Hadis 4342Disahihkan oleh Al-Albani๐Ÿ“Œ Wallahuโ€™alam.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #pendidikaninklusif #jomkeireland ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #khutbahjumaat #tarbiyyahzamanfitnah

Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa 18 Jun 2025

Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa #mekanismeiqra #mekanikiqra

Gejala Readicide Jadikan Membaca Kita Bukan IQRA 17 Jun 2025

๐—š๐—˜๐—๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฅ๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—–๐—œ๐——๐—˜ ๐—๐—”๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—–๐—” ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—œ๐—ค๐—ฅ๐—” ๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด: โ–ช๏ธWahyu pertama โ€œIQRAโ€ bukan sahaja menekankan kepentingan ilmu tetapi juga hubungan kita dengan Pencipta. โ–ช๏ธKonsep โ€œIQRAโ€ melibatkan penghimpunan makna dan penulisan, bukan sekadar membaca teks. โ–ช๏ธDalam pendidikan formal, membaca kadangkala boleh menjadi kontra produktif, menghilangkan minat dan tabiat membaca kita. โ–ช๏ธAktiviti membaca di sekolah perlu difokuskan kepada menanam keseronokan dan menghargai kandungan, bukan sekadar memenuhi silibus atau persediaan peperiksaan. โ–ช๏ธPengajaran yang terlalu menumpukan kepada analisis teks boleh menghalang kita daripada menikmati dan menghargai permata di dalam karya sastera serta pengalaman membacanya. โ–ช๏ธKita perlu sentiasa bermuhasabah terhadap amalan membaca untuk memastikan ia sejajar dengan objektif wahyu pertama โ€œIQRAโ€. ๐Ÿ” ๐—ฅ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ณ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฝ โ€œ๐—œ๐—ค๐—ฅ๐—”โ€ Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad ๏ทบ menekankan kepada perintah โ€œIQRA,โ€ yang sering dianggap sebagai seruan kepada pembelajaran dan ilmu. Namun, โ€œIQRAโ€ sebenarnya merujuk kepada lebih daripada sekadar membaca teks; ia mencakupi penghimpunan makna dan maklumat yang menghubungkan kita dengan Pencipta. Pengertian ini melangkaui debat sama ada Nabi Muhammad ๏ทบ boleh membaca atau tidak, dan menekankan pentingnya kita memahami โ€œIQRAโ€ sebagai suatu proses yang lebih luas. ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—”๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ Aktiviti membaca, terutama dalam konteks pendidikan formal, seringkali tidak mencapai tujuan sebenar โ€œIQRA.โ€ Ini kerana sistem pendidikan yang lebih memfokuskan kepada prestasi peperiksaan berbanding menanam tabiat membaca dan menghargai ilmu. Kelly Gallagher dalam bukunya โ€œReadicideโ€ menekankan bahawa sistem ini seringkali membunuh minat membaca, dengan aktiviti membaca menjadi sekadar tuntutan silibus tanpa memberi ruang untuk kita menikmati dan menghayati bahan bacaan. ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ Pendidikan yang terlalu tertumpu kepada analisis teks dan persediaan peperiksaan juga menyumbang kepada hilangnya keseronokan dalam membaca. Pengajaran sastera, sama ada Melayu atau Inggeris, yang berorientasikan peperiksaan tidak memberi ruang kepada murid untuk benar-benar merasai dan menghargai karya sastera. Oleh itu, adalah penting untuk kita menyemak dari semasa ke semasa pendekatan membaca dalam pendidikan dan memastikan ia selaras dengan semangat wahyu โ€œIQRA,โ€ yang menghubungkan kita dengan makna yang lebih tinggi, mendalam dan kekal. ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต Adalah penting bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah mengenai amalan membaca dalam kehidupan seharian. Membaca haruslah menjadi alat yang menghubungkan kita kepada makna dan pengetahuan yang lebih luas, sesuai dengan tuntutan โ€œIQRA.โ€ Dengan memahami tujuan sebenar di sebalik wahyu ini, kita boleh menilai sama ada amalan membaca masyarakat pada hari ini benar-benar memenuhi objektif yang diinginkan atau tidak. Ini memerlukan perbincangan berterusan dan kesedaran untuk menyesuaikan pendekatan kita agar lebih bermanfaat dan sejajar dengan tujuan Rabbani. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #iqra #readicide #muhasabah #tabiatmembaca #membaca #baca

Kiamat Apabila Tapak Kaki Ganti Muka 16 Jun 2025

๐Ÿ“ฒ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—น๐—บ๐˜‚. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป.Di ruang digital hari ini, komen negatif lebih cepat menjadi tular. Kandungan yang ringan, remeh, atau memecah belah lebih mudah mendapat perhatian berbanding ilmu yang benar dan bermanfaat.Topik yang membina tenggelam. Yang merosak, diangkat.Rasulullah ๏ทบ telah memperingatkan keadaan ini sebagai salah satu ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ-๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐˜‡๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป:ู„ูŽุง ุชูŽู‚ููˆู…ู ุงู„ุณู‘ูŽุงุนูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุธู’ู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ู’ููุญู’ุดู ูˆูŽุงู„ู’ุจูุฎู’ู„ูุŒ ูˆูŽูŠูุฎูŽูˆู‘ูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽู…ููŠู†ูุŒ ูˆูŽูŠูุคู’ุชูŽู…ูŽู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุฆูู†ูุŒ ูˆูŽูŠูŽู‡ู’ู„ููƒูŽ ุงู„ู’ูˆูุนููˆู„ูุŒ ูˆูŽูŠูŽุธู’ู‡ูŽุฑูŽ ุงู„ุชู‘ูุญููˆุชูTidak akan berlaku kiamat sehingga tersebarnya kekejian dan kebakhilan:โ—พ orang amanah dianggap khianat,โ—พ pengkhianat diberi kepercayaan,โ—พ orang-orang mulia binasa,โ—พ dan orang-orang hina tampil ke depan.โ€(๐—ฅ๐—ถ๐˜„๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฎ๐—น-แนฌ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟฤ๐—ปฤซ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”แธฅ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ)Inilah zaman ketika ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฟ๐˜‚๐—ณ dan ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ bertukar tempat.Yang benar disenyapkan. Yang batil dimuliakan.๐ŸŒ Generasi muda hari ini membesar dalam dunia yang menghidangkan kandungan tanpa sempadan. Jika kita tidak peka, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป.๐Ÿ’ญ Pernahkah anda rasa... kebenaran makin asing, dan suara ilmu makin tenggelam?#HadithNabi #AkhirZaman #DigitalFitnah #MakrufDanMungkar #TarbiahDigital #MediaBijak #Reminders #IlmuBermanfaat #TazkirahMaya #UstazHasrizal #RefleksiZaman #TandaAkhirZaman #fypislamik #islamicreel

Pembentuk Akal Fikiran Pemandu Bas dan Kita Semua 10 Jun 2025

๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—™๐—œ๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—•๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€: โ–ช๏ธPendidikan menyeluruh harus diterapkan untuk mengintegrasikan pelajar dari pelbagai latar belakang dalam satu sistem yang inklusif. โ–ช๏ธSistem pendidikan perlu memupuk pemikiran kritis dan keupayaan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengurangkan risiko kerosakan sosial. โ–ช๏ธJurang pendidikan antara pekerjaan profesional dan pekerjaan biasa perlu diatasi dengan pengalaman persekolahan yang seragam. โ–ช๏ธSistem pendidikan harus dirancang untuk menghasilkan individu yang bijak berfikir tentang kehidupan, bukan sekadar menilai pencapaian akademik. โ–ช๏ธPendidikan menyeluruh dapat mengurangkan perbezaan kualiti pemikiran antara individu dengan kerjaya berbeza, mempromosikan masyarakat yang harmoni. ๐Ÿ” ๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ Perbincangan utama dalam videi ini menekankan pentingnya pendidikan menyeluruh yang menyatukan pelajar dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, dan keupayaan dalam satu sistem pendidikan. Meninjau sistem pendidikan di Finland, pelajar diajar bersama tanpa diskriminasi latar belakang, pelbagai manfaat jangka panjang dapat diperoleh. Ini termasuk pembentukan masyarakat yang harmoni, apabila interaksi pelajar dari pelbagai latar belakang dapat memupuk pemahaman dan kerjasama yang lebih baik di kalangan mereka. โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—น๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—น Selain itu, video ini juga membincangkan bagaimana pendidikan dapat mengurangkan jurang sosial antara individu dengan kerjaya berbeza. Misalnya, dengan pengalaman persekolahan yang sama, seorang jurutera dan pemandu bas boleh mempunyai kualiti pemikiran yang tidak jauh berbeza, terutamanya dalam berfikir tentang kehidupan. Sistem pendidikan harus memastikan bahawa semua individu mampu mencapai potensi mereka dan bukan hanya menilai pencapaian akademik semata-mata. โ–ช๏ธ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ Sistem pendidikan yang baik harus mampu memupuk pemikiran kritis dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bukan sahaja mengurangkan risiko masyarakat menjadi perosak, tetapi juga memastikan setiap individu, tidak kira pekerjaan mereka, boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Pengalaman pendidikan yang inklusif dan holistik ini adalah penting untuk membentuk individu yang seimbang dan masyarakat yang lebih aman dan sejahtera. โ–ช๏ธ๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ Refleksi mengenai keadaan pendidikan dan impaknya perlu dilakukan secara sistemik. Ini bukan tentang menyalahkan pihak tertentu tetapi lebih kepada memahami dan membina sistem pendidikan yang lebih baik. Penekanan perlu diberikan kepada pendidikan yang mampu menjayakan manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi, dengan keupayaan untuk belajar dan berfikir secara berterusan. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

My Reflection on Irish Leaving Certificate Exam: Pressure, Hope, and Strive 04 Jun 2025

๐ŸŽ“ TODAY: First day of the Leaving Cert in Ireland โ€” the exam that marks the end of school and the start of university dreams.Today, Imad sits for English Paper 1, a subject he finds challenging. And rightly so. Language takes time, and there are no shortcuts โ€” something Iโ€™ve reminded my children right from their early schooling years.As a parent, Iโ€™ve seen how tough this exam is. Our two eldest went through it in 2023. Many Irish friends recall those years with stress, not joy. The pressure is real โ€” six or more subjects, all for points to enter university.It often feels less about learning and more about mastering the โ€˜points gameโ€™. Medicine at Trinity? 700+ points. Psychology elsewhere? Maybe 400โ€“500. The focus understandably shifts from deep learning to survival strategy.To Imad and every student out there โ€” take care of your mind, health, and heart. Exams matter, but you matter more.#LeavingCert2025 #ParentPerspective #IrishEducation #ExamsAndWellbeing #ADHDParenting #EducationWithHeart #pendidikanjalanislah

Pendidikan Inklusif dan Ibrah Surah 'Abasa 20 May 2025

Bengkel Duta LaunchPAD dan muhasabah peribadi saya mengenai Islam dan Pendidikan Inklusif berdasarkan Surah โ€˜Abasa dan kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA:๐Ÿ“น Penerangan VideoDalam video ini, saya berkongsi dua perkara yang berbeza tetapi saling berkait: 1๏ธโƒฃ Pengalaman saya sebagai salah seorang Duta LaunchPAD dalam bengkel intensif dua hari yang dianjurkan oleh AHEAD, dan 2๏ธโƒฃ Muhasabah peribadi saya sebagai seorang Muslim mengenai pendidikan inklusif, berpandukan kisah Surah โ€˜Abasa dan Abdullah ibn Umm Maktum RA.๐ŸŒ Tentang Bengkel Duta LaunchPAD Baru-baru ini, saya telah mengikuti bengkel dua hari untuk Duta LaunchPAD โ€” sebuah inisiatif oleh AHEAD dan National Disabled Postgraduate Advisory Committee (NDPAC), yang bertujuan meningkatkan penyertaan pelajar pascasiswazah berkeperluan khas di Ireland. Saya adalah salah seorang daripada lapan duta dari seluruh Ireland. Kami membincangkan pelbagai topik termasuk dasar pendidikan tinggi, penyertaan pelajar dengan disabilities, dan peranan duta dalam membawa suara minoriti ke peringkat nasional.๐Ÿ•Œ Muhasabah Islam & Pendidikan Inklusif: Surah โ€˜Abasa sebagai Cerminan Sepanjang bengkel ini, saya merenung secara mendalam akan kedudukan pendidikan inklusif dalam Islam. Kisah teguran Allah SWT terhadap Nabi Muhammad ๏ทบ dalam Surah โ€˜Abasa, apabila baginda mengutamakan tokoh-tokoh Quraisy berbanding Abdullah ibn Umm Maktum RA, menjadi asas kepada muhasabah saya.Saya bertanya kembali: Adakah kita sedang mengulangi kesilapan yang ditegur itu apabila kita meminggirkan pelajar dengan keperluan khas demi โ€œefisiensiโ€ sistem pendidikan kita?Kisah ini bukan sekadar peristiwa sejarah โ€” ia adalah prinsip asas dalam menilai semula keutamaan dan keikhlasan kita dalam mendidik. Islam telah lama mengenali prinsip mengangkat beban (ุฑูุน ุงู„ุญุฑุฌ), rukhsah (ุงู„ุฑุฎุตุฉ) dan azimah (ุงู„ุนุฒูŠู…ุฉ), yang semuanya mengarah kepada pendekatan yang fleksibel dan penuh rahmat, termasuk dalam pendidikan.๐Ÿ’ก Penutup Saya percaya bahawa kerangka seperti Universal Design for Learning (UDL) dan Trauma-Informed Practice bukan hanya alat pedagogi Barat. Jika dilihat dalam kerangka maqasid syariah dan roh pendidikan Islam, pendekatan-pendekatan ini boleh menyuburkan lagi misi kita untuk mendidik semua โ€” tanpa mengira kemampuan zahir dan batin.Semoga video ini menjadi pencetus kepada perbincangan lebih luas tentang bagaimana kita, sebagai pendidik Muslim, memahami dan melaksanakan pendidikan inklusif dengan nilai, ilmu dan hikmah yang sejati.#IslamicEducation #InclusiveEducation #UDL #SurahAbasa #LaunchPAD #ADHDAwareness #DisabilityInclusion #MaqasidSyariah #TraumaInformedPracticeArtikel penuh di https://saifulislam.com/surah-abasa-dan-kisah-abdullah-ibn-umm-maktum-ra-cerminan-islam-dalam-pendidikan-inklusif/

Lukaโ€™ Ibn Lukaโ€™: Si Bodoh Bahagia dan Berkuasa Sebagai Tanda Kiamat 07 May 2025

Fenomena kebodohan tidak terhad kepada rakyat biasa, malah telah menembusi lapisan kepimpinan. Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump menjadi contoh bagaimana seseorang yang sering mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal masih boleh mendapat sokongan dan menjadi pemimpin negara. Kebodohan bukan sahaja diterima, malah diangkat dan diraikan. Ini adalah petanda bahaya. Apabila masyarakat merelakan pemimpin yang dangkal dan tidak berintegriti, maka seluruh sistem sosial akan terdedah kepada kerosakan. Ia membuka ruang kepada polarisasi, ketidakadilan, dan penindasan berselindung di sebalik retorik populis. Ia menjadi medan perang yang senjatanya bukan pedang, peluru atau bom, tetapi akal yang songsang dan kebodohan yang meracun. Mangsa boleh terkorban dalam keadaan tercekik dengan ketawa. Seumpama katak yang mati direbus kerana tidak sedar air semakin panas perlahan-lahan dengan seribu satu justifikasi bahawa tiada masalah dan โ€œtak mengapa!โ€ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ผ๐—ฟ๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ต ๐—ก๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ ๏ทบ Islam sejak awal lagi memberi perhatian kepada bahaya kebodohan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ู’ุญูููŽุงุฉูŽ ุงู„ู’ุนูุฑูŽุงุฉูŽ ุงู„ุตูู‘ู…ูŽู‘ ุงู„ู’ุจููƒู’ู…ูŽ ู…ูู„ููˆูƒูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถู ููŽุฐูŽุงูƒูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุดู’ุฑูŽุงุทูู‡ูŽุง โ€œDan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, tuli dan bisu menjadi raja-raja di bumi, maka itu antara tanda-tanda Kiamat.โ€ (Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadith 7) Begitu juga dalam riwayat Musnad Ahmad: ูŠููˆุดููƒู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุบู’ู„ูุจูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ู„ููƒูŽุนู ุจู’ู†ู ู„ููƒูŽุนู โ€œAkan datang masa di mana dunia akan dikuasai oleh โ€˜Lukaโ€™ bin Lukaโ€™ (yakni orang bodoh yang tidak berkelayakan).โ€ (Musnad Ahmad, Hadith 23651) Kebodohan bukan sekadar kelemahan individu, tetapi ancaman kepada kemanusiaan. Ia mencacatkan martabat manusia dan meruntuhkan peradaban. Islam, meskipun agama yang benar dan sempurna, tidak menjamin umatnya terpelihara daripada bencana kebodohan ini jika mereka sendiri lalai dan tidak mengambil iktibar. Kebenaran Islam tidak secara automatik membebaskan umat Islam daripada kemungkinan terjerumus ke dalam fenomena โ€˜Idiocracyโ€™ ini. Janganlah kita leka mentertawakan kebodohan orang lain, sedangkan kita sendiri mungkin sedang perlahan-lahan melangkah ke arah kemusnahan yang sama. Fenomena ini tidak mengenal sempadan bangsa atau agama โ€“ ia menyerang sesiapa sahaja yang meninggalkan ilmu, menolak hikmah, dan memuliakan yang dangkal. Kita tidak boleh lagi berdiam diri. Kebodohan yang menular dalam pelbagai bentuk โ€“ dari televisyen, media sosial hingga ke parlimen โ€“ mesti ditangani dengan ilmu, hikmah dan tindakan. Masa depan anak-anak kita bergantung kepada keberanian kita untuk menolak kebodohan dan menegakkan kebenaran. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab. Amin. https://saifulislam.com/luka-ibn-luka-si-bodoh-bahagia-dan-berkuasa-sebagai-tanda-kiamat/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

Mudarat Menjadikan SPM Sebagai KPI Pelbagai Pihak Selain Murid 04 May 2025

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ Pendidikan di Malaysia sering kali dikaitkan dengan keputusan peperiksaan. Keputusan seperti SPM dan STPM dianggap sebagai penentu utama kejayaan akademik. Namun, adakah wajar menjadikan keputusan peperiksaan sebagai KPI untuk pelbagai pihak selain pelajar? Salah satu sebab utama mengapa keputusan peperiksaan tidak sepatutnya menjadi KPI adalah risiko dan manfaat pihak yang terlibat. Apabila keputusan pelajar menjadi KPI bagi guru, pengetua, atau pihak pendidikan, terdapat potensi untuk manipulasi data. Ini kerana keputusan peperiksaan dijadikan penanda aras mengukur perkara-perkara yang terpisah daripada pembelajaran murid. Ada pelbagai faktor lain yang mempengaruhi, tetapi dikesampingkan dengan memberi fokus hanya kepada markah dan gred murid. Lebih buruk lagi, apabila mekanisme semakan dan pentaksiran tidak telus, ketidakpercayaan terhadap integriti keputusan peperiksaan tercetus. Dalam usaha untuk mencapai KPI yang ditetapkan, ada kemungkinan berlaku manipulasi keputusan peperiksaan. Ini boleh menyebabkan penyimpangan dalam penilaian sebenar prestasi pelajar dan guru. Kepercayaan terhadap keputusan peperiksaan akan terjejas apabila masyarakat mula percaya kepada khabar angin dan hilang kepercayaan terhadap integritinya. Pihak bertanggungjawab tidak menghampiri solusi apabila tindakan mempersoal perkara ini diselar dengan label-label yang tidak munasabah sedangkan masyarakat berhak mengetahui perinciannya kerana ia membabitkan masa hadapan anak-anak mereka. Kementerian berada di posisi berkhidmat kepada rakyat dengan membekalkan maklumat yang diperlukan. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐—น๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ: ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต Negara seperti Finland telah mengadaptasi sistem pentaksiran yang lebih organik. Mereka tidak membandingkan keputusan peperiksaan antara sekolah atau negeri. Sistem ini mengutamakan integriti penilaian oleh guru dan tidak menekan guru untuk mengubah keputusan pelajar demi memenuhi KPI mana-mana pihak. ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—™๐—ถ๐—ป๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ 1. Kepercayaan Terhadap Guru: Di Finland, guru diberi kepercayaan penuh untuk menilai pelajar. Ini kerana penilaian mereka dianggap berintegriti dan profesional. Guru tidak mempunyai sebab untuk tidak telus mentaksir murid di bawah didikannya. 2. Fokus pada Perkembangan Pelajar: Penilaian di Finland lebih tertumpu kepada perkembangan harian pelajar, bukan semata-mata keputusan akhir peperiksaan. 3. Budaya Pendidikan yang Holistik: Masyarakat Finland tidak mengagungkan keputusan peperiksaan, sebaliknya melihatnya sebagai satu aspek kecil dalam perjalanan pendidikan. 4. Sistem pendidikan yang efektif bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbiran tetapi juga kepada budaya masyarakat dan prinsip pegangan sistem yang beroperasi. Mengubah sistem pendidikan untuk tidak disibukkan oleh sentimen seputar keputusan peperiksaan adalah langkah untuk kita maju ke hadapan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan tetapi juga membolehkan pelajar menikmati proses pembelajaran yang lebih bermakna dan holistik. Pelajar memerlukan keputusan peperiksaan yang menjelaskan realiti sebenar mereka. Apatah lagi untuk mereka keluar daripada persekitaran pembelajaran tempatan yang terkawal, kepada persekitaran antarabangsa yang bakal mendedahkan standard sebenar masing-masing. Pendidikan adalah amanah daripada Allah SWT. Amanahlah dalam menunaikannya. Ia jalan islah. https://saifulislam.com/mudarat-menjadikan-spm-sebagai-kpi-pelbagai-pihak-selain-murid/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #spm #spm2024

Muhasabah SPM: Pendidikan Untuk Semua Atau Kecemerlangan Sebahagian Murid? 30 Apr 2025

Video ini dihasilkan menggunakan generative AI tool Notebook LM oleh Google pada membincangkan artikel saya di blog www.saifulislam.com.Ia menganalisis perbandingan sistem pendidikan menengah di Finland, Malaysia, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat, memfokuskan perbezaan falsafah antara sokongan inklusif untuk semua pelajar dan penekanan kecemerlangan melalui persaingan. Perbandingan ini mengkaji bagaimana setiap negara merangka dasar dan pelaksanaannya, serta kesannya terhadap hasil peperiksaan dan nilai pembelajaran lain seperti kesejahteraan pelajar. Ia membincangkan kejayaan dan cabaran setiap pendekatan, serta kritikan awam terhadap isu seperti tekanan akademik, ketidaksamaan, dan kesan sistem peperiksaan berisiko tinggi. Artikel ini menyimpulkan dengan menekankan pentingnya mencari keseimbangan antara kecemerlangan dan kesaksamaan serta menjadikan kesejahteraan pelajar sebagai metrik utama kejayaan pendidikan.Artikel penuh boleh dibaca di https://saifulislam.com/muhasabah-spm-pendidikan-untuk-semua-atau-kecemerlangan-sebahagian-murid/

Akibat Mengabaikan Makna Sebenar NIAT Dalam Amalan 18 Apr 2025

Khutbah Jumaat hari ini memberi penekanan yang mendalam tentang kepentingan niat dalam setiap amalan, menjelaskan bahawa niat merupakan asas dan tiang utama dalam segala perbuatan dalam Islam. Imam menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa niat yang baik dan ikhlas boleh membawa ganjaran besar daripada Allah walaupun tindakan tersebut belum dilaksanakan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, umat Islam digalakkan untuk sentiasa melakukan introspeksi dan menilai niat mereka sendiri, memastikan bahawa setiap tindakan dilakukan dengan niat yang suci dan murni. Mereka diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain, sebaliknya harus menjaga hubungan dengan diri sendiri dan Allah dengan penuh kesedaran. Istighfar dan taubat, dua amalan penting dalam Islam, memerlukan kesedaran mendalam dan keikhlasan yang tulen. Taubat merupakan satu proses penting yang menuntut penyesalan yang sebenar dan pengampunan daripada Allah. Dengan niat yang betul dalam taubat, seseorang dapat mencegah kemunafikan dan memperolehi ganjaran serta rahmat daripada Allah yang Maha Pengampun. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ๏ทบ menegaskan kepentingan niat yang ikhlas dalam setiap amalan. Baginda ๏ทบ menyatakan bahawa terdapat tiga jenis individu yang ditegur oleh Allah kerana niat mereka tidak ikhlas; mereka beramal semata-mata untuk mendapat pujian manusia dan bukan kerana Allah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keikhlasan dalam niat adalah amat penting dan Allah Maha Mengetahui niat sebenar setiap hamba-Nya. Walaupun seseorang itu mungkin dipandang tinggi sebagai seorang yang pemurah, berilmu, atau mati syahid, jika niatnya tidak ikhlas kerana Allah, maka dia mungkin akan menerima ganjaran yang negatif di akhirat kelak. Oleh itu, menjaga keikhlasan dalam setiap amalan adalah amat penting bagi setiap individu Muslim, supaya setiap perbuatan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah. Artikel penuh ada di https://saifulislam.com/akibat-mengabaikan-urusan-niat-dalam-amalan/

Perangai Online dan Offline Kita Dalam 'Rumah Ankabut' (Sang Labah-labah) 11 Apr 2025

Perangai Online dan Offline Dalam Rumah AnkabutKita sering mendengar ungkapan bahawa zaman ini adalah zaman digital, zaman maya, zaman jaringan. Kita bergerak dalam dunia fizikal, tetapi kita juga bernafas, berinteraksi, dan memberi reaksi dalam dunia dalam talian. Ada satu perkara yang saya amati: apabila bersemuka, kita sangat menjaga adab dan kesopanan. Namun dalam ruang digital โ€” mengapa seolah-olah segalanya berubah? Kita yang Bertindak, Kita yang Bertanggungjawab Kita perlu mengakui bahawa komen, ciapan, hantaran, dan segala bentuk komunikasi dalam talian tetap datang daripada manusia. Ada yang ditaip sendiri, ada juga yang dijana oleh teknologi. Namun teknologi itu juga kita yang cipta, kita yang guna, dan kita yang kawal. Hakikatnya, semuanya tetap berbalik kepada kita. Tambahan pula, semakin lama, kehidupan kita dalam talian semakin dominan. Masa yang kita habiskan dalam dunia digital semakin panjang. Aktiviti di ruang ini memberi kesan mendalam kepada siapa kita, bagaimana kita berfikir, dan bagaimana kita memperlakukan orang lain. Dalam diam, kita hidup dalam dua alam โ€” dunia nyata dan dunia maya. Dan dalam dunia maya itu, adab dan batasan seolah-olah terangkat. Artikel penuh boleh dibaca di https://saifulislam.com/perangai-online-dan-offline-kita-dalam-rumah-ankabut-sang-labah-labah/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

Pengaruh Ibu Bapa atau Persekitaran? Teori Ekologi Bronfenbrenner 03 Apr 2025

Anak jadi macam ini kerana kegagalan ibu bapa mendidik ke? Atau kerana tinggal di negeri Orang Putih? Kenapa azan lima kali sehari berkumandang pun, perangai macam orang tak ada didikan agama? Dalam era yang serba canggih ini, ibu bapa menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam mendidik anak-anak. Mereka bukan sahaja perlu bertindak sebagai guru pertama, tetapi juga harus memahami pengaruh pelbagai faktor seperti budaya, polisi, amalan masyarakat, dan teknologi, terhadap perkembangan anak. Di sinilah teori ekologi perkembangan kanak-kanak menjadi panduan penting. Teori ini, seperti yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, menekankan pentingnya interaksi dalam Mikrosistem, yang merangkumi hubungan langsung anak dengan ibu bapa. Ini adalah hubungan asas yang membentuk peribadi dan nilai moral mereka. Pada masa yang sama, faktor dalam Eksosistem dan Makrosistem, seperti urusan kerja ibu bapa dan isu-isu komuniti, turut memberi pengaruh tidak langsung tetapi signifikan kepada perkembangan anak. Kita juga dapat mengambil inspirasi daripada kisah tokoh-tokoh seperti Nabi Adam, Nuh, dan Ibrahim, alayhi al-salam, serta nasihat bijak daripada Luqman, yang semuanya menekankan pentingnya panduan hidup dan kebijaksanaan dalam mendidik anak-anak. Didikan di rumah menjadi tiang utama dalam membentuk jati diri anak, tetapi ia tidak menjamin anak 'menjadi' seperti yang diharapkan. Faktor yang mempengaruhi anak menuju dewasa sangat rencam. Cabaran terbesar ibu bapa zaman kini adalah impak internet dan persekitaran digital. Telefon pintar dan media sosial telah mengubah cara anak-anak berkomunikasi dan memahami dunia. Jika diperkenalkan terlalu awal, ia boleh mengurangkan pengaruh ibu bapa dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, memahami teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner membantu ibu bapa menavigasi persekitaran digital dengan lebih baik. Walaupun anak-anak berada di rumah, di dalam mikrosistem milik ibu bapa, wujudnya telefon pintar di tangan anak mengubah secara fundamental, definisi mikrosistem berkenaan. Ibu bapa bersaing dan berisiko kalah, dengan pengaruh dunia luar, lebih awal berbanding era-era sebelum ini. Renungi perkongsian kali ini. Maklum balas dan pertanyaan untuk menambah dalam perbincangan, saya alu-alukan untuk melanjutkan diskusi kita mengenainya. ๐Ÿ“Œ Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

Gelaja Curi Harta Intelek Video Youtube Che Nom 25 Mar 2025

Video masakan yang dihasilkan oleh โจ@Che Nomโฉ menjadi rujukan utama bagi tukang masak keluarga saban hari, termasuk saya sendiri. Terutamanya selepas kami sekeluarga berhijrah meninggalkan tanahair. Video Che Nom menyediakan panduan dan tip yang sangat berguna, meskipun sesetengah resipi asas telah maklum bagi sesetengah kita. Namun, di sebalik populariti dan manfaat yang diberikan oleh video-video ini, terdapat isu serius yang tidak boleh dipandang ringan iaitu kecurian harta intelek. Tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku apabila video beliau diambil tanpa kebenaran dan dimuat naik ke platform lain seperti TikTok dengan tujuan komersial. Perbuatan sedemikian jelas sekali adalah satu bentuk kecurian kerana video tersebut merupakan sumber pendapatan utama bagi pemilik asal, iaitu Che Nom sendiri. Perbuatan mencuri adalah jenayah, dosa, dan mendatangkan mudarat serta aniaya. Ia salah di dunia, dan salah di akhirat. Oleh itu, adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu halal dan haram dalam konteks ini, seiring dengan kepentingan kita memahami soal halal-haram dalam pemakanan. Kesedaran ini perlu disemarakkan agar lebih ramai yang faham implikasi moral dan undang-undang yang terlibat. Sensitiviti kita dalam bab ramuan halal haram, mestilah datang daripada cetusan IMAN. Bukan taksub kelompok atau sentimen anti 'orang lain'. Seandainya ia datang daripada iman, sensitiviti halal haram itu juga harus memberi kesan kepada perbuatan mencuri harta intelek orang lain, dan menjana pendapatan pula daripada modal yang bukan milik kita. Che Nom menceritakan sendiri, bagaimana beliau mengalami penurunan pendapatan akibat video curi yang disebarkan tanpa izin. Tindakan mencuri hak orang lain ini bukan sahaja merugikan dari segi material, tetapi juga menjejaskan identiti Islam seseorang. Memalukan kita semua. Ini menuntut kita semua untuk menilai semula sentimen terhadap apa yang halal dan haram, bukan hanya dalam konteks pemakanan tetapi juga dalam semua aspek kehidupan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghentikan penyebaran video curi dan memberikan sokongan penuh kepada pembuat kandungan yang memberi ilmu dan manfaat kepada masyarakat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

Pengkhususan Guru Sekolah Rendah dan Menengah di Finland 25 Mar 2025

Pengkhususan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Finland, serta amalan 'homeroom teacher' di negara berkenaan. Artikel blog di https://saifulislam.com/program-pendidikan-guru-sekolah-rendah-dan-menengah-di-finland/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana

Ulasan Drama ADOLESCENSE di Netflix: Memahami Isu 'The Boy Crisis' 14 Mar 2025

๐——๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ฑ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐˜€๐—ฐ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐˜๐—ณ๐—น๐—ถ๐˜…: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ถ โ€˜๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—•๐—ผ๐˜† ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€โ€™ Adolescence bukan sekadar drama, tetapi refleksi mendalam terhadap realiti sosial hari ini. Saya menggalakkan penonton untuk menontonnya dengan minda terbuka dan kesedaran tentang isu-isu yang diketengahkan. Drama ini memberi peringatan bahawa cabaran remaja hari ini tidak boleh dipandang ringan. Jika kita gagal memahami mereka, akibatnya boleh menjadi lebih serius daripada yang kita sangka. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah

Hati-hati Berbincang Bandar Mana Puasa Paling Panjang 13 Mar 2025

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—บ: ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต-๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป? Pada tahun ini, perbincangan mengenai lokasi umat Islam yang akan berpuasa paling panjang di dunia sepatutnya tidak timbul kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan Mac. Ini menyebabkan mereka yang berada di hemisfera utara dan selatan tidak lagi mengalami situasi ekstrim seperti berpuasa terlalu pendek pada musim sejuk atau terlalu panjang pada musim panas. Namun, perbincangan ini masih berterusan dan tersebar luas. Isu ini menarik minat ramai, terutamanya bagi mereka yang tidak mengalaminya tetapi ingin mengetahui lebih lanjut. Apa yang menjadi kebimbangan adalah perbincangan ini sering membawa kepada kefahaman yang tidak selari dengan semangat syariat Islam dan hukum fiqh. Terdapat kecenderungan di dalam masyarakat kita untuk menganggap bahawa memilih kemudahan dalam beragama bermaksud seseorang itu kurang berpegang kepada Islam. Malah terlanjur pula melabel sebagai bersikap liberal. Sebagai contoh, dalam isu musafir yang melakukan perjalanan untuk tujuan maksiat, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai kebolehan mereka untuk menjamak dan mengqasarkan solat. Sebahagian ulama berpendapat bahawa syarat musafir tidak bergantung kepada tujuan perjalanan tetapi hanya kepada hakikat perjalanan itu sendiri. Pendapat ini bukan datang daripada ulama yang ingin mempermudah-mudahkan agama, jauh sekali โ€˜ulama liberal! Tetapi ia berdasarkan prinsip fiqh bahawa hukum yang bersumber daripada nas umum tidak boleh dikhususkan kecuali ada dalil lain yang mengkhususkannya. ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—บ Dalam konteks puasa di bulan Ramadan, khususnya di kawasan yang mengalami siang yang sangat panjang, terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan. Sebahagian ulama berpandangan bahawa waktu puasa harus tetap bermula dari fajar hingga terbenam matahari, walaupun tempohnya mencapai 23 jam. Namun, realitinya, mereka yang berpuasa dalam tempoh yang panjang ini menghadapi kesulitan yang besar, terutamanya golongan yang kurang berdaya seperti wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Malah, terdapat kes di mana anak-anak mengalami kemudaratan sehingga menimbulkan isu di sekolah dan media. Itu antara senario yang saya sekeluarga sendiri alami selama kami bermastautin di Oulu Finland, antara tahun 2016 hingga 2020. Sebaliknya, beberapa ulama kontemporari telah memberikan pandangan yang lebih sesuai dengan situasi di kawasan ekstrim ini. Antaranya ialah Prof. Muhammad Hamidullah, yang berpandangan bahawa bagi mereka yang berada di kawasan 45 darjah utara atau lebih, mereka boleh berpuasa mengikut waktu Mekah atau bandar Islam yang berdekatan dengan tempoh puasa yang lebih munasabah. Satu lagi pandangan adalah untuk menetapkan tempoh maksimum puasa kepada 16 jam. Pandangan lain yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Jasir Audah pula menetapkan bahawa bagi kawasan yang berada lebih daripada 48 darjah utara, di mana malam tidak mengalami kegelapan sempurna, tempoh puasa maksimum sepatutnya tidak melebihi 18 jam. Terdapat juga ulama yang berpegang kepada pandangan bahawa sekiranya puasa menjadi terlalu berat, maka umat Islam boleh mengambil rukhsah (keringanan) dengan berbuka dan menggantikannya di luar bulan Ramadan. Namun, pandangan ini tidak terpakai bagi mereka yang menetap secara tetap di kawasan ekstrim ini. ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป Nilai sesuatu amalan di sisi Allah SWT bergantung kepada keikhlasan dan ketakwaan, bukan kepada tahap kesukarannya. Islam tidak mengukur kehebatan ibadah melalui kepayahan, tetapi melalui kemampuannya untuk meningkatkan iman. Dengan memahami prinsip ini, kita dapat mengamalkan Islam dengan lebih lestari dan sesuai dengan fitrah manusia. Artikel penuh di https://saifulislam.com/berpuasa-panjang-di-kawasan-ekstrim-kemudahan-atau-memudah-mudahkan

Melihat Anak Murid Sebagai Bakal Ibu Bapa 10 Mar 2025

Petikan Kuliah Maghrib terakhir di Surau al-Nur Bandar Baru Bangi pada 28 Julai 2016. Kuliah penuh ada di https://www.youtube.com/watch?v=Rvztka_ewlE๐Ÿ“ŒTerima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal

Tidak Puasa Kerana ADHD? 10 Mar 2025

Selepas seminggu di bulan Ramadan, saya masih menyesuaikan diri dengan strategi untuk berfungsi dengan baik. Ramadan sebelum ini membawa cabaran baharu selepas menerima diagnosis ADHD dan mengambil stimulan. Tahun ini, dengan Subuh sekitar 5:15 pagi, saya mengambil stimulan pelepasan berpanjangan ketika sahur, yang bertahan 8-10 jam. Cabaran utama ialah kesukaran tidur selepas Subuh dan kesan stimulan hilang sekitar pukul 3 petang, menjadikan tugasan akademik lebih sukar. Seperti cermin mata bagi rabun, stimulan membantu saya fokus, tetapi apabila kesannya hilang, tumpuan merosot. Menjelang petang, saya menghadapi kesukaran membaca dan menulis serta kemalangan kecil semasa menyediakan juadah berbuka. Untuk mengatasinya, saya mencuba stimulan pelepasan segera ketika berbuka, yang bertahan 4 jam, tetapi ia menyukarkan tidur malam. Dengan tidur hanya 3-4 jam setiap malam, kurang tidur memberi kesan besar terhadap fungsi kognitif. Ramai individu ADHD menghadapi cabaran ini. Saya tidak menghukum mereka yang memilih untuk tidak berpuasa kerana ADHD. Cumanya, ADHD bukan penyakit. Ia kondisi sepanjang hayat. Jika puasa membawa kemudaratan besar, ia boleh difahami. Justeru kita harus mencari strategi mengatasinya.Kita perlu terus berusaha, membaca kajian terkini, dan meneroka strategi berkesan kerana kesan ADHD berbeza bagi setiap individu. Tidak harus untuk kita meninggalkan ibadah puasa dengan ADHD yang tidak diurus kerana kita tetap mukallaf dan ibadah puasa itu wajib diusahakan sedaya upaya. Insya-Allah ada jalannya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesejahteraan dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan ibadah Ramadan. Kesabaran individu ADHD bukan sekadar kesabaran biasa tetapi dipandang oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi ๏ทบ dengan ganjaran syurga. ARTIKEL PENUH DI: https://saifulislam.com/tidak-berpuasa-kerana-adhd/ #saifulislamdotcomโ  โ #ustazhasrizalโ  โ #hasrizaljamilโ  โ #HasrizalAbdulJamilโ  โ #hasrizalโ  โ #pendidikanjalanislahโ  โ #adhdmalaysiaโ  โ #adhddewasaโ 

Strategi Anak Membaca Berpandukan Nasihat Sultan Murad dan Jalaluddin al-Rumi 04 Mar 2025

Artikel penuh di https://saifulislam.com/strategi-anak-membaca-berpandukan-nasihat-sultan-murad-dan-jalaluddin-al-rumi/